No Image Caption

PAJSK, dorong murid aktif, berilmu & berakhlak

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
06 Apr 2026 10:09am

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan penilaian holistik mengukur penglibatan murid dalam aktiviti di luar bilik darjah merangkumi sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform.

PAJSK melibatkan semua murid sekolah rendah dan menengah sebagai usaha membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta sosial.

Markah diberikan berdasarkan tahap penglibatan, kehadiran dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti seperti kejohanan sukan, perkhemahan, pertandingan inovasi, pidato, kebudayaan serta program khidmat masyarakat.

Baru-baru ini, Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al-Alusi menggerakkan inisiatif penyediaan dan agihan bubur lambuk kepada komuniti bagi menyantuni bulan Ramadan.

Ikuti kupasan lanjut PAJSK dalam artikel penuh ini di Sinar Bestari!

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp