No Image Caption

Generasi kreator sekolah!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
14 Apr 2026 12:00am

Dalam era digital yang dikuasai visual dan kreativiti tanpa batas, bakat murid tidak lagi terhad di dalam bilik darjah.

Daripada lensa kamera hingga suntingan video yang tular di platform seperti TikTok, generasi muda kini tampil sebagai pencipta kandungan yang berani dan inovatif.

Menyedari potensi besar ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah, Klang mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Bengkel Fotografi dan Videografi bagi mencungkil, membimbing dan mengasah bakat digital ke tahap lebih tinggi.

Sinar Bestari diberi tanggungjawab dalam memberikan pendedahan kepada 30 pelajar di sekolah ini yang terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Pengalaman ini menjadikan para pelajar lebih yakin untuk berkarya secara kreatif dan bertanggungjawab sekali gus memanfaatkan kemahiran yang diperoleh.

Dunia kreatif ini turut membuka ruang kepada pelajar dalam menonjolkan bakat masing-masing, membina keyakinan diri dan mengasah kemahiran abad ke-21 yang semakin relevan.

Adakah mereka sudah bersedia dengan cabaran zaman digital ini?

Mari kita lihat, apa yang mereka pelajari!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp