Para pelajar dinasihatkan supaya memanfaatkan masa cuti dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Para pelajar dinasihatkan supaya memanfaatkan masa cuti dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Cuti Penggal 1 selama 9 dan 10 hari hujung Mei ini!

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 May 2024 02:52pm
A
A
A

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 untuk cuti sekolah terbahagi kepada beberapa cuti penggal.

Menurut Kalendar Akademik yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), cuti sekolah itu terdiri daripada Cuti Penggal 1, Cuti Penggal 2, Cuti Penggal 3 dan Cuti Akhir Persekolahan.

Memandangkan Cuti Penggal 1 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Sinar Bestari kongsikan tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM berdasarkan kumpulan masing-masing.

Bagi Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), guru dan pelajarnya akan mula bercuti pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 selama 10 hari.

Manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), mereka akan bermula 25 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 iaitu 9 hari.

Kami di Sinar Bestari berharap, masyarakat terutama para pelajar dapat menggunakan masa cuti sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah sepanjang berlangsung Cuti Penggal 1 tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok