HomeBuletinCuti Sekolah Penggal 3 bermula Disember ini

Cuti Sekolah Penggal 3 bermula Disember ini

Cuti Sekolah Penggal Tiga bagi sesi 2022/2023 akan bermula Disember ini. Demikian mengikut Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kalendar akademik tersebut, dinyatakan tarikh Cuti Penggal Tiga akan bermula 9 dan 10 Disember kepada sekolah-sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi kategori Kumpulan A yang terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah, mereka akan mula bercuti pada 9 hingga 31 Disember iaitu 23 hari.

Manakala kategori Kumpulan B pula iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada 10 hingga 31 Disember iaitu selama 22 hari.

Mengikut kalendar itu lagi, para pelajar akan kembali semula ke sekolah pada 3 Januari sehingga 17 Februari 2023.

Selepas itu, cuti akhir persekolahan sesi 2022/2023 pula akan menyusul 17 Februari hingga 11 Mac 2023.

Sinar Bestari berharap dengan pemberitahuan senarai cuti sekolah ini, guru, pelajar dan ibu bapa dapat merancang cuti atau aktiviti yang ingin dilakukan sebaik mungkin.

Artikel berkaitan 

Sanggup korbankan cuti seminggu, hasil ubah suai Cikgu Shahrizal setaraf pereka dalaman profesional

KPM beri cuti tambahan 2 hari sempena Deepavali

Ketahui 5 kaedah hadapi cabaran dalam kerjaya guru


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok