WhatsApp Image 2022-11-17 at 6.39.43 PM
WhatsApp Image 2022-11-17 at 6.39.43 PM

Lagi satu kes buli pelajar sekolah menengah tular

Adlan Farhan Azwan
17 Nov 2022 06:43pm
A
A
A

Sejak sekian lama, gejala buli dilihat menjadi satu isu yang semakin membimbangkan tanpa sebarang tanda-tanda pengakhiran.

Apa yang lebih membimbangkan ialah perlakuan buli di negara ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Perlakuan tersebut dilakukan oleh sebilangan pelajar yang tidak bertanggungjawab dan ini akan mengakibatkan trauma berpanjangan kepada mangsa.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kejadian buli yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah.

Dalam video yang berdurasi 13 saat itu, seorang mangsa telah dikerumuni oleh beberapa pelajar di tandas sekolah.

Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila salah seorang pelajar yang membuli bertindak melepaskan tumbukan ke arah muka mangsa.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang rata-rata mendesak agar pembuli yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

Sehubungan itu, ramai di antara pengguna laman media sosial menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengenakan tindakan supaya ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Setakat jam 6 petang tadi, Sinar Bestari mendapati masih tiada laporan polis yang dilakukan oleh mangsa dan sebarang kenyataan daripada pihak PDRM berhubung kes buli ini masih belum dilakukan.

Artikel berkaitan

3 pelajar sekolah menengah dibuli mental dan fizikal, meninggalkan kesan berpanjangan dalam kehidupan

Mangsa buli perlukan sokongan moral

KPM lancar portal aduan buli


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok