679374 (1)
679374 (1)

Perang Rusia dan Ukraine: KPT terus pantau kebajikan pelajar Malaysia

Adlan Farhan Azwan
28 Feb 2022 06:11pm
A
A
A

Putrajaya - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terus membuat pemantauan kebajikan pelajar Malaysia yang berada di Rusia dan Ukraine.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPT hari ini, pihaknya telah memastikan seorang pelajar Malaysia yang berada di Universiti Lviv, Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Pelajar tersebut telah berada di Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland, bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam waktu yang terdekat.

Baca juga

Cari kerja lebih mudah, KPT sediakan platform untuk bakal graduan

Undi18: KPT berperanan sediakan mahasiswa matang dalam politik – Noraini

“Dalam pada itu, pelajar-pelajar Malaysia di Rusia akan terus berada di universiti masing-masing memandangkan jarak universiti agak jauh dengan kawasan bergolak.

“Pihak Kementerian melalui pejabat Education Malaysia di London (EML) akan terus memantau perkembangan terkini konflik ini bagi memastikan keselamatan pelajar - pelajar kita terjaga,” jelasnya.

KPT berkata, pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di negara terlibat bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenal situasi semasa dan tindakan lanjut yang perlu diambil.

KPT juga ingin menasihati para pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Lukman Zulkifly di EML menerusi talian 00442079851251 atau Bilik Gerakan KPT di 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Terdahulu, konflik yang melibatkan Rusia dan Ukraine telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di Rusia.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, perkara itu diakui sendiri oleh Aisyah Nursyaza Anuar, 24, yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Perubatan Negeri Kursk sejak lima tahun lalu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dia sedar akan insiden yang berlaku di antara kedua-dua negara Eropah berkenaan, malah menimbulkan sedikit kebimbangan terutama dari segi keselamatan.

“Serba sedikit mencetuskan kebimbangan bila tahu tentang konflik yang berlaku kerana ia melibatkan dua negara besar di Eropah,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok