HomeGen AlphaInilah Kisahku(VIDEO) Murid tumpahkan air baring atas lantai kelas, guru pujuk bangun terhibur...

Artikel Berkaitan

(VIDEO) Murid tumpahkan air baring atas lantai kelas, guru pujuk bangun terhibur lihat gelagat

Setiap murid pasti mempunyai ragam yang tersendiri terutama bagi mereka yang baru masuk Tahun Satu.

Gelagat ini tidak dapat dibendung kerana kebanyakan mereka masih kebudak-budakan lagi.

Baca juga

Panduan buat guru tadika, tip bagi anak murid suka datang sekolah tanpa ragam

“Lama saya perhati gelagat murid ini, tapi dia tetap tidak perasan kehadiran cikgunya di situ”

Begitulah yang dihadapi oleh guru di TikTok dengan nama pengguna @bellahadad yang terhibur melayan ragam murid di kelasnya.

IKLAN

Menerusi rakaman berdurasi 28 saat itu guru wanita berkenaan menyedari salah seorang murid lelaki tiada di tempat duduknya.

Kemudian, beliau melalui satu ruangan di bilik darjah dan mendapati murid yang dicarinya itu terbaring di atas lantai.

Rupa-rupanya, si cilik itu berbuat demikian kerana secara tidak sengaja telah menumpahkan air.

@baldimerah7

Reply to @matport4208 meh gi sekolah.. haaaa.. cikgu masih kuat tuk hari kedua🤭💪🏻 #tiktokguru

♬ original sound – bellalhadad – bellalhadad

IKLAN

Guru wanita berkenaan pun bertindak memujuk murid lelaki berkenaan supaya bangun dari lantai bilik darjah itu.

“Cikgu tak marah air awak tumpah.

“Jom bangun, ya ALLAH kotorlah..

“Cikgu dukung ya,” katanya.

IKLAN

Setelah dipujuk beberapa kali, barulah murid itu akur mendengar arahan @bellahadad dan segera bangun.

Video tersebut berjaya meraih 593,400 tontonan dengan 20,600 tanda suka daripada warganet.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Pengguna akaun @elynn7940 memuji tindakan @bellahadad yang berjiwa kental berdepan dengan gelagat murid Tahun Satu.

@ijanburgerjangijan menyokong kesabaran guru wanita berkenaan yang mampu mengawal kerenah semua murid.

 

IKLAN

Artikel Terkini