HomeGen AlphaKanak-kanak 6 tahun jalan kaki ke sekolah, jurugambar kongsi suasana selamat di...

Artikel Berkaitan

Kanak-kanak 6 tahun jalan kaki ke sekolah, jurugambar kongsi suasana selamat di Jepun

Negara Jepun terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai kadar jenayah yang rendah berbanding negara lain.

Contoh terbaik yang kita boleh lihat ialah jika kita tertinggal barang di dalam tren, bas atau tempat awam, kebarangkalian untuk jumpa semula barangan anda sangat tinggi.

Selain itu, ibu bapa di Jepun kebiasaannya membiarkan anak-anak mereka mengenali dunia sebenar pada usia yang sangat muda.

Sebuah program televisyen dari Jepun, Hajimete no Otsukai juga pernah mempamerkan kanak-kanak seawal empat hingga enam tahun keluar dan melaksanakan tugasan yang diberikan.

Kali ini Sinar Bestari tertarik dengan hantaran oleh Saiful Nang ketika dia berada di Jepun yang berkongsi tentang keselamatan kanak-kanak dibiarkan pergi ke sekolah bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

Baca juga 

IKLAN

10 sebab mengapa kanak-kanak Jepun adalah yang paling sihat di dunia? Ibu bapa perlu ambil tahu!

Jepun bakal buka sempadan kepada pelancong perniagaan, pelajar

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini.

*****

IKLAN

Anak Jepun kena jalan ke sekolah tanpa dihantar oleh mak abah sejak umur enam tahun. Seperti dijanjikan, saya dan isteri, Intan Salwani akan mulakan perkongsian santai-santai tentang pendidikan di Jepun. Ini gambar yang saya ambil dari train dalam bandaraya Tokyo. Heran juga kan? Atau sebenarnya best benar bila negara Jepun mampu menyediakan satu persekitaran selamat dan diyakini oleh ibu bapa melepaskan anak mereka jalan sendirian seumur enam tahun ataupun dalam gred satu.

Macam anak Jepun dalam gambar ini saya perhatikan, dia masuk sendirian berbaju sekolah tanpa orang tua. Namun orang-orang Jepun yang lain di sekitarnya menjaga anak ini seperti anak mereka pula. Sebab mereka juga ada anak yang orang lain jalankan tanggungjawab untuk pastikan keselamatan anak mereka pula. Menjaga keselamatan anak-anak bersekolah ini adalah tanggungjawab semua warganegara.

Ada lagi, tidak lah mereka ni jalan sendirian saja-saja. Di Jepun, jenayah kalau berlaku, dalam kiraan minit dah dapat tangkap penjahatnya. Kamera litar tertutup (CCTV) merata-rata dan setiap orang pula menjadi Minah dan Mat Kepoh juga menjaga anak-anak ini.

IKLAN

Sekolah rendah mensyaratkan anak-anak ini tinggal dalam kawasan yang sama dalam radius empat kilometer (km). Ini radius berjalan kaki. Kalau pelajar menengah rendah pula, boleh lah sejauh enam km dari sekolah. Dah banyak negara maju saya pergi, New Zealand baik, Switzerland baik dan kali ini Jepun pula. Semua negara ini tidak hantar anak sekolah di Hiroshima sedangkan keluarga duduk di Tokyo hanya disebabkan sekolah di Hiroshima tu prestasi dia tinggi level-level Sekolah Tun Fatimah atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping. Dengan yakin bercampur separa angkuh mereka berani katakan “Semua sekolah di Jepun adalah bagus, sekolah yang terbagus ialah sekolah yang anak-anak mereka boleh balik rumah hari-hari macam Nobita dan Shizuka”. (Bahagian last tu saya tambah sikit sebagai rencah Ajinomoto)

So, kenapa budak dalam gambar ni sorang-sorang naik tren? Jauh sangat ke sekolahnya?. Bersangka baik, anak Jepun dalam gambar ini cuma ambil tren satu stesen sahaja untuk ke sekolah. Hakikat sebenar, mungkin dia baru balik lepak Central Market, makan cendol dengan kawan-kawan. Knowing mak jemah network di Jepun sangat komprehensif, tidak adanya budak ini boleh terlepas pergi CM makan cendol dengan kawan-kawan kalau Mak Jemah dalam kejiranan tidak bermesyuarat tingkap bercakap tentang anak Si Polan dan Si Joyah ini balik sendiri-sendiri naik keretapi dan tak join kumpulan jalan kaki sekolah mereka. Biasanya, akan kantoi.

Di Malaysia, saya sendiri tidak ada kepercayaan dengan membenarkan anak jalan sendiri seawal enam tahun walaupun pergi sekolah depan rumah sahaja. Kalau boleh, kena hantar sampai depan cikgu. Tidak tahu sama ada saya tidak percaya orang lain atau tidak percaya anak sendiri. Entah lah, anda semua macam mana? Sanggup lepaskan anak jalan kaki pergi sekolah?

Ada satu lagi, penyusunan anak-anak ini berjalan kaki dari rumah ke sekolah dan dari sekolah pulang ke rumah juga ada aturan dengan satu sistem yang menarik. Atau mudahnya saya namakan “Sistem berjalan dengan kawan-kawan”. Tapi itu pun ada sistem juga. Nanti saya cerita dalam post yang lain.

Sumber: Facebook Saiful Nang

IKLAN

Artikel Terkini