HomeGen AlphaMurid pakai kasut ketat buat warganet sebak. Kuatnya semangatmu dik!

Artikel Berkaitan

Murid pakai kasut ketat buat warganet sebak. Kuatnya semangatmu dik!

Kasut sekolah yang tidak muat, tetap disarungkan oleh murid-murid ini. Bagi mereka, masalah tersebut bukanlah halangan besar untuk terus hadir ke sekolah demi menimba ilmu.

ALLAH, kuatnya semangat kamu dik!

Penulis benar-benar kagum.

Tanpa rasa ralat, kalian hadir ke sekolah walaupun terpaksa memakai kasut yang sudah ketat.

Kami benar-benar sebak!

Baru-baru ini, seorang guru menerusi Facebooknya memuat naik kisah ‘murid dan kasut’ yang pasti menyentuh hati ramai pembaca.

Kisah kekuatan dan semangat mereka untuk terus datang ke sekolah, perlu dijadikan contoh kepada anak-anak lain untuk terus belajar dan menuntut ilmu walau apa jua halangan yang datang.

Sinar Bestari kongsikan tulisan guru ini untuk kita sama-sama melihat sisi ketabahan dan kecekalan murid-murid berkenaan.

*****

“Akak, saya pinjam murid akak tiga orang, boleh dak? Nak minta depa angkat barang sikit dari pondok guard?” Saya meminta izin sahabat guru, Cikgu Rozi di bengkel.

Ada beberapa lagi kotak air minuman sumbangan yang belum diangkat ke bilik guru. Kotaknya ringan saja. Cuma, jumlahnya agak banyak. Saya tak larat nak berulang turun naik membawanya.

“Ambillah. Haa kamu tiga orang tu, boleh pi bantu ustazah, sat.”

Bukan mereka bertiga saja bingkas bangun, murid yang lain juga turut menawarkan khidmat bantu.

“Ustazah, Ustazah…Saya nak tolong juga.”

“Eh, cukup cukup. Tiga orang saja.”

Kelihatan murid lain kecewa kerana tidak dapat membantu.

Saat mereka membawa kotak berisi minuman ke bilik guru, mata saya melirik kepada kasut yang mereka kenakan.

Semuanya tidak proper memakainya. Pakai kasut tak masukkan kaki sepenuhnya dalam kasut.

“Kamu pakailah kasut tu elok-elok. Satgi rosak kasut kamu pijak bahagian belakang macam tu,” nasihat saya panjangkan kepada mereka perlahan.

“Tak boleh dah, ustazah,” balas mereka.

“Pasaipa tak boleh?”

“Dah tak muat dah. Kaki kami koi panjang,” salah seorang mereka memberikan jawapan.

“Ya Rabbi, kesiannya!”

Anak-anak sekolah memang cepat membesar. Kasut semakin mengecil (sebenarnya kaki semakin panjang) dan pakaian semuanya sudah singkat (sebenarnya mereka semakin besar dan tinggi).

Sekolah tiga minggu sahaja. Itu belum lagi mengira jadual penggiliran. Ada murid hanya datang seminggu saja bersekolah secara bersemuka.

Mak ayah pun tak sempat membuat persediaan di hujung tahun. Malah, ada yang tiada peruntukan untuk membelikan kasut baru anak-anak.

Begitulah hakikat keadaan sesetengah keluarga yang berhadapan sesi persekolahan pasca lockdown ini (baru-baru ini).

Namun, saya tetap bangga dengan anak-anak tersebut. Meskipun kelengkapan persekolahan tidak sempurna, mereka tetap bersemangat hadir ke sekolah.

Alhamdulillah. Tahniah, anak-anak. Bravo!!

Semoga terus cemerlang.

Artikel berkaitan

“Cikgu Farazi, kalau saya sakit atau berlaku apa-apa, cikgu mesti datang melawat tau, janji”

Guru Geografi muncul Johan Qariah setelah 3 kali sertai pertandingan

“Andai terbaca tulisan ini, hubungilah cikgu, cikgu tak sabar nak tahu perkembangan kamu semua.”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini