HomeGen AlphaPenggunaan jam tangan pintar dalam kalangan kanak-kanak, beri manfaat atau kemudaratan?

Artikel Berkaitan

Penggunaan jam tangan pintar dalam kalangan kanak-kanak, beri manfaat atau kemudaratan?

Teknologi merupakan antara medium utama yang diguna pakai oleh sistem pendidikan di dalam dan luar negara malah banyak manfaat yang diperoleh sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul.

Telefon pintar dan komputer riba juga dilihat telah menjadi satu keutamaan buat mereka yang masih belajar apatah lagi apabila pandemik Covid-19 melanda menyebabkan proses pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian.

Penggunaan teknologi bagi tujuan pembelajaran tidak terhenti dengan telefon pintar dan komputer riba sahaja sebaliknya peranti jam tangan pintar juga semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan mampu dijadikan sebagai alat bantuan untuk kanak-kanak menjalani kehidupan seharian.

Secara ringkasnya, jam tangan pintar merupakan jam tangan digital yang mempunyai banyak fungsi berbanding jam tangan analog. Ia digambarkan sebagai peranti elektronik pelbagai fungsi yang dipakai pada pergelangan tangan.

Baca juga

Pastikan komputer riba pelajar tahan lama dengan 8 langkah mudah ini

Suka main telefon pintar, ini 5 kesan pelajar wajib tahu

Jam tangan ini mempunyai fungsi seperti telefon pintar yang menggunakan skrin sentuh, menawarkan aplikasi dan pemeriksaan degupan jantung.

Sama ada jam tangan tangan pintar patut dibenarkan di sekolah atau tidak, ia masih dipertikai sehingga ke hari ini.

Ramai ibu bapa merasakan bahawa jam tangan pintar boleh membantu memastikan anak mereka selamat, tetapi terdapat juga kebimbangan dari pelbagai aspek yang lain.

Tidak dapat dinafikan, jika dilihat dengan teliti, peranti jam tangan pintar sebenarnya mampu membawa kebaikan yang lebih banyak berbanding peranti lain yang sedia ada.

Kali ini, Sinar Bestari kongsikan dengan anda secara terperinci untuk melihat sama ada penggunaan jam tangan pintar merupakan pilihan yang baik atau sebaliknya.

1. Keselamatan kanak-kanak

Lokasi kanak-kanak boleh dipantau dengan penggunaan jam tangan pintar. Kredit foto: Pexels

Menurut statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih satu bilion kanak-kanak yang berumur dua hingga 17 tahun, telah mengalami keganasan atau pengabaian fizikal, seksual atau emosi pada tahun 2018.

Kebanyakan jam tangan pintar menawarkan pengesanan lokasi Sistem Kedudukan Sejagat
(GPS) dan komunikasi dua hala, jadi ibu bapa sentiasa boleh memantau keberadaan anak-anak dan terus berhubung dengan mereka. Sesetengah peranti juga boleh menghantar amaran apabila kanak-kanak meninggalkan kawasan yang telah ditetapkan.

Sebaliknya, ciri keselamatan ini mungkin menimbulkan ancaman kepada kanak-kanak kerana pengesan lokasi yang ada pada jam tangan pintar agak mudah untuk digodam.

2. Pembelajaran yang berterusan

Sesi pembelajaran mungkin akan terganggu ketika kanak-kanak memakai jam tangan pintar. Kredit foto: Unsplash

Kebanyakan jam tangan pintar yang ada di pasaran dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu. Ibu bapa boleh memastikan anak-anak mendapat maklumat terkini tentang berita dunia dan ramalan cuaca dengan bantuan jam tangan pintar.

Hakikatnya, jam tangan pintar menawarkan lebih banyak hiburan daripada pendidikan. Jam tangan pintar dilengkapi dengan permainan, malah ada peranti yang didatangi dengan ciri permainan secara beramai-ramai.

Ia boleh bertukar menjadi satu gangguan yang berterusan kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka perlu memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

3. Membantu kanak-kanak yang menghidapi ADHD

Terdapat kebaikan dan kemudaratan bagi penggunaan jam tangan pintar dalam kanak-kanak yang mengalami ADHD. Kredit foto: Unsplash

MedicalDaily.com melaporkan bahawa terdapat satu kajian di Norway yang telah mendapati bahawa jam tangan pintar boleh membantu kanak-kanak yang mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian mereka dengan memberikan peringatan tugas tertentu yang perlu dilakukan pada siang hari.

Ibu bapa boleh menyegerakkan telefon pintar mereka dengan jam tangan pintar kanak-kanak bagi terus memantau perkembangan anak sepanjang hari seperti waktu pengambilan ubat yang telah diarahkan oleh pakar.

Walaubagaimanapun, peranti ini juga boleh menjadi satu gangguan kepada kanak-kanak ADHD. Lebih banyak lagi kajian dan penyelidikan yang diperlukan untuk menentukan sama ada peranti ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami ADHD.

Setelah penelitian dibuat, Sinar Bestari berharap agar ibu bapa di luar sana dapat membuat keputusan sama ada penggunaan jam tangan pintar adalah yang terbaik untuk kanak-kanak.

Sumber: The Tech Advocate

Artikel Terkini