Radzi bawa anak bongsu ambil vaksin, PICKids ternyata cepat dan teratur

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin kagum dengan kecekapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IOI Mall bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Menurut hantaran yang dibuat melalui laman rasmi Facebook milik beliau, keseluruhan proses penerimaan vaksin cepat dan teratur.

Baca juga PICK-R daerah Klang capai sasaran, 72,185 pelajar lengkap dua dos vaksin

Baca juga Calon SPM pulang Tahun Baru Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama

“Pagi tadi saya bawa anak bongsu untuk menerima vaksin di PPV IOI Mall. Cepat dan teratur.

“Mengambil masa kurang sejam bermula daripada beratur untuk mendaftar hingga selesai pemantauan,” katanya.

Beliau turut menyeru agar semua ibu bapa yang mempunyai anak berumur lima hingga 11 tahun untuk mendaftarkan diri mereka bagi menerima vaksin.

Radzi juga sempat mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas usaha berterusan bagi memastikan kanak-kanak di Malaysia mempunyai imuniti yang tinggi dalam berdepan wabak Covid-19.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sebelum itu, Khairy juga memaklumkan bahawa anaknya yang berusia enam tahun telah didaftarkan dalam PICKids untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera.

KKM mula melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun bermula 3 Februari lalu melalui PICKids.