HomeGen AlphaSeronoknya BelajarPanduan buat guru tadika, tip bagi anak murid suka datang sekolah tanpa...

Artikel Berkaitan

Panduan buat guru tadika, tip bagi anak murid suka datang sekolah tanpa ragam

Murid tadika meragam dan menangis sudah menjadi adat setiap kali mereka sampai di hadapan sekolah.

Perkara ini merumitkan pihak tadika yang mengurusnya kerana kanak-kanak yang meragam boleh bertindak di luar kawalan.

Bagaimanapun, isu tersebut perlu dibendung bagi menggalakkan kehadiran penuh murid ke sekolah walau apa jua keadaan.

Baca juga

Bila guru menangis kerana pelajar…ikuti perkongsian yang cukup menyentuh hati ini

(VIDEO) Menangis jumpa guru, tanda sayang Adele buat ramai peminat terharu

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi beberapa tip buat guru tadika agar anak murid suka datang sekolah tanpa ragam.

1- Elak tanya soalan “Kenapa awak menangis?”

Apabila ibu bapa hantar anaknya ke tadika dan murid itu menangis, elak bertanyakan soalan “Kenapa awak menangis?”

Sebaliknya, berlapang dada sahaja dengan situasi tersebut di peringkat permulaan walaupun ia mampu mempengaruhi emosi.

Ini kerana soalan seperti itu dianggap sensitif bagi murid tersebut dan akan menambahkan lagi tangisan budak kecil itu.

2- Hadir ke sekolah dengan penampilan yang menarik

Elakkan memakai pakaian berwarna hitam atau mengenakan warna yang garang sebab kanak-kanak takut, tambahan lagi sekarang diwajibkan memakai pelitup muka.

IKLAN

Usaha yang boleh dilakukan adalah pilih warna-warna yang ceria dan tambahkan aksesori cekak arnab atau memakai cermin mata yang ‘fancy’ untuk tarik perhatian murid.

Apabila cikgu berbuat demikian, secara tidak langsung ibu bapa boleh menjadikannya sebagai pendorong untuk memujuk anak supaya seronok bersekolah.

3- Ingat nama murid

Mengingati nama murid boleh membantu jika mereka menangis setiap kali datang ke sekolah.

Ini kerana murid suka apabila dipanggil lagi-lagi dengan nama panggilan mereka.

Contoh, Aina Afrina Aqilah tapi kita panggilnya dengan nama singkatan, Afrina.

Sekiranya murid menangis, boleh sambut dan sebut nama singkatan mereka dengan nada yang memikat hati.

4- Puji perubahan kecil murid

IKLAN

Perhatikan, perkara-perkara kecil murid yang berubah dari hari ke hari dan buat teguran yang membina.

Contoh hari pertama belajar, murid bawa beg warna merah jambu, hari kedua datang bawa beg berwarna kuning.

Jika yang menangis itu lelaki, sekiranya mereka potong rambut, boleh puji nampak kacak berambut pendek dan kemas.

Murid akan berasa kagum kerana sekecil-kecil perkara diberi penghargaan dan mendapat pujian.

5- Buat aktiviti menyeronokkan

Ceritakan kepada mereka yang masih menangis tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.

Secara tidak langsung, mereka akan berasa diri diperlukan dan istimewa berada di sekolah itu.

Kemudian, adakan aktiviti yang membuatkan murid berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

IKLAN

Laksanakan aktiviti yang semua murid suka dan tak susah untuk mereka lakukan.

Contoh, buat aktiviti tampal,teka-teki, padankan gambar, baca berita dan sebagainya.

6- Minta ibu bapa pujuk anak bawa permainan paling disukai ke sekolah

Apabila murid datang sekolah, guru boleh memuji mainan yang dibawa bagi mengalu-alukan kedatangannya ke sekolah.

Kemudian minta murid tersebut bercerita apa yang menariknya mengenai permainan tersebut.

Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat menghilangkan ketakutan mereka kepada guru tadika apabila pergi sekolah.

7- Hantar video kepada mereka

Buatkan satu video ringkas untuk menunjukkan aktiviti apa yang akan diadakan pada hari esok.

Kemudian, hantarkan paparan menarik tersebut ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ibu bapa akan menunjukkan video itu kepada murid untuk menarik minat murid upaya bersemangat hendak pergi ke sekolah.

Sinar Bestari berharap panduan tersebut membantu guru tadika menyelesaikan masalah murid meragam dan menangis di sekolah.

 

IKLAN

Artikel Terkini