Antivirus terbaik sebenarnya mungkin sudah ada dalam komputer anda secara percuma

Tiada orang yang suka komputer mereka dijangkiti virus kerana ia akan mengganggu urusan pekerjaan atau perniagaan yang dibuat menggunakan gajet berkenaan.

Lebih teruk lagi jika komputer diserang virus ransomware yang akan mengunci fail dan dokumen di dalam komputer. Jika ingin membuka kembali fail tersebut, perlu membayar sejumlah wang pula kepada penggodam.

Itulah pentingnya membuat dokumen sokongan serta mendapatkan perisian perlindungan antivirus yang terbaik,tetapi untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik pastinya perlu mengeluarkan kos, bukan?

Jangan risau, mendapatkan antivirus tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja kerana jika komputer anda menggunakan sistem operasi Windows, ia mungkin sudah mempunyai perlindungan antivirus yang terbaik, iaitu Microsoft/Windows Defender.

BACA JUGA: Periksa ‘kesihatan’ bateri komputer riba di Windows 10, begini caranya
BACA JUGA: 9 cara terbaik melajukan Windows 10

Ya, jangan terkejut kerana walaupun perisian yang diprapasang dalam Windows 10 dan Windows 11 tersebut adalah percuma, ia sebenarnya telah dinobatkan sebagai salah satu produk antivirus terbaik pada Oktober 2021.

Sebuah organisasi bebas bernama AV-TEST, telah membuat perbandingan dan menilai 21 perisian antivirus termasuk Microsoft Defender, McAfee, Avira, Avast, AVG dan lain-lain, bagi mengetahui kestabilan penyelesaian perisian tersebut terhadap pelbagai ancaman, termasuk perisian malware yang mengeksploitasi kelemahan komputer, e-mel phishing, serangan siber dan banyak lagi.

Microsoft Defender berada dalam kedudukan antara yang terbaik dalam semua dimensi yang dinilai iaitu keselamatan, prestasi dan pengalaman pengguna.

Ujian tersebut menyimpulkan bahawa Window Defender merupakan salah satu antivirus terbaik untuk komputer yang beroperasi menggunakan Windows 10 dan Windows 11.

BACA JUGA: 13 “Shortcut” dalam Windows yang perlu diketahui bagi memudahkan tugas anda
BACA JUGA: Kenali jenis-jenis komputer yang ada di seluruh dunia

Oleh itu, perlindungan yang sama, pengalaman yang sama tetapi, dua harga yang berbeza. Memetik slogan sebuah iklan, kenapa bayar lebih? Oleh itu, gunakanlah antivirus yang ada sebaik mungkin untuk melindungi komputer anda.