HomeGen ZTipAtasi stres ketika PdPR, jom ikuti 4 tip ini

Artikel Berkaitan

Atasi stres ketika PdPR, jom ikuti 4 tip ini

Dalam melalui realiti kehidupan, ada kalanya kita tidak menyedari bahawa diri sendiri berada dalam keadaan stres. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup dunia moden yang pantas ini.

Ditambah pula dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dalam talian pada waktu kini.

Tidak kiralah anda seorang pelajar, guru atau ibu bapa yang perlu berdepan pelbagai kerenah anak-anak di rumah serta tekanan di tempat kerja, pastinya semua ini akan membawa kepada masalah stres.

kredit unsplash



Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan kita. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh daripada penyakit.

Bagi mendapatkan sistem imun yang baik, GPSBestari kongsikan empat tip untuk mengatasi stres yang boleh diamalkan di bawah:

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/


1. Ambil berat soal pemakanan
Penjagaan pemakanan yang betul dapat membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan kita tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian.

Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal dan emosi. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Kemampuan diri
Kadangkala kita terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru itu, penting untuk kita mengelakkan diri daripada mengambil tugas di luar kemampuan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit.

Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil dan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Waktu rehat
Jika kita selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita juga perlu waktu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak.

Cubalah ambil cuti selepas melaksanakan beberapa siri tugas berat. Mendengar muzik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Isi aktiviti di masa lapang
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat bekerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Baca juga: Jangan terburu-buru buat keputusan belajar di luar negara, fikirkan 4 perkara ini dulu

Baca juga:Saya lorek dalam buku sebab takdak tasbih, ustaz Hati warganet tersentuh sekali lagi


Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ia akan menolong anda membina pandangan positif apabila kembali bertugas.

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua warga pendidik dan ibu bapa mengatasi masalah stres yang berlaku.

Sumber: upm.edu.my

Artikel Terkini