HomeGen ZUSM bangunkan lima inovasi, bantu tingkatkan pengeluaran Lada Sarawak

Artikel Berkaitan

USM bangunkan lima inovasi, bantu tingkatkan pengeluaran Lada Sarawak

Lada Sarawak yang mempunyai kualiti premium dan aroma unik telah menjadikan Malaysia sebagai negara kelima pengeluar lada dunia selepas Vietnam, India, Indonesia dan Brazil.

Sejajar dengan kedudukan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) terus berusaha dalam membangunkan inovasi di bawah program Innovation for Community (INNO4C).

Ketua program, Syed Yusof Syed Kechik berkata, produktiviti tanaman berjaya ditingkatkan melalui lima inovasi yang diperkenalkan oleh pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik USM, Profesor Madya Dr Khairudin Mohamed dan Profesor Madya Dr Zahurin Samad sebagai alternatif teknologi kepada kaedah tradisional.

Baca juga

Kerjasama BJIM USM dan TERAJU perkasakan produk gula apong

PKLM UMS, Yayasan Sabah cipta kerjasama dalam usaha konservasi pemuliharaan Hutan Lembah Danum

Lima inovasi pemprosesan Lada Sarawak adalah seperti berikut:

1. Mesin Pelerai Lada (Pepper Threshing Machine): Mempercepatkan proses peleraian Lada Sarawak daripada tangkainya.

2. Mesin Pengeretan Berenzim (Retting Machine with Enzymatic): Mempercepatkan proses pengasingan kulit daripada biji Lada Sarawak menggunakan enzim. Menentukan dan mengasingkan saiz Lada Sarawak mengikut gred.

3. Peel-O-Matic: Menanggalkan kulit dari biji Lada Sarawak tanpa sebarang kerosakan.

4. Railway House: Memudahkan proses pemindahan Lada Sarawak dari tempat pemprosesan ke tempat pengeringan.

5. Rumah Pemprosesan (Processing House): Mempercepatkan proses pengeringan Lada Sarawak dengan memastikan ia dikeringkan dalam kawasan yang bersih dan terkawal.

Syed Yusof turut memaklumkan bahawa inovasi ini didapati mampu membantu para pekebun dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dengan menjimatkan masa dan tenaga yang diperuntukkan dalam menyelerai Lada Sarawak pada skala besar.

“Inovasi yang diaplikasikan juga mempercepatkan fasa pemprosesan Lada Sarawak kepada tujuh hingga 10 hari berbanding tiga hingga ke empat minggu menerusi kaedah lama.

“Ini kerana, setiap inovasi di bawah program INNO4C direka bentuk sesuai untuk digunakan pekebun Lada Sarawak bagi memudahkan proses pengedalian dan penyelenggaraan.

“Inovasi ini telah membuktikan bahawa Lada Sarawak dapat dituai dengan cepat dan hasil pengeluarannya mampu dipertingkatkan hingga 50 peratus sekali gus kehendak pasaran yang tinggi boleh dipenuhi,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Mengulas lanjut, Syed Yusof berkata, inovasi ini melibatkan 80 pekebun Lada Sarawak dari empat kawasan di sekitar Sarawak iaitu Kampung Stass, Bau; Rumah Panjang Richard, Melabu Bair, Ulu layar Betong serta Kampung Garung dan Kampung Karu.

Dalam masa sama, beliau berharap agar inovasi baharu ini dapat menghasilkan Lada Berkualiti Eksport (LBE) di peringkat Ladang berbanding dengan gred biasa yang hanya boleh dibeli dengan harga rendah.

“Diharapkan inovasi melalui program di bawah mandat Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini juga berpotensi mengangkat Lada Sarawak ke tahap yang lebih tinggi,” jelasnya.

Artikel Terkini