HomeGen ZUstaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah

Al-Quran ialah mukjizat yang paling agung dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia.

Untuk mencapai hasrat tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui pembacaan, hafazan, pemahaman dan mengamalkannya.

Dalam Muqaddimah (Ibn Khaldun, 2000) menyatakan bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak dari peringkat awal, kerana al-Quran akan menanam benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak.

Sementara itu, Yusuf Qardhawi (2010) pula menegaskan di antara manfaat membaca dan menghafal al-Quran ketika masih kanak-kanak ia dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj huruf.

Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ipoh, Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan berkata, menghafaz beberapa surah dan melafazkan doa termasuk dalam objektif dan standard pembelajaran sekolah rendah.

Amalan ini akan berterusan hingga ke sekolah menengah kerana ia berkait rapat dengan amali Fardu Ain bagi setiap Muslim seperti solat dan penerapan akhlak Islamiah dalam adab kehidupan murid sehari-hari.

Bagaimanapun katanya, penilaian daripada guru-guru Pendidikan Islam mendapati, hanya sebahagian murid dapat menguasai kemahiran menghafal dengan baik.

Oleh itu satu tindakan susulan perlu dijalankan agar prestasi murid dalam kemahiran menghafal dapat ditingkatkan.

Guru Pendidikan Islam, Ustazah Noorita Ismail memantau proses menghafal surah oleh murid-murid di dalam kelas, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Quszaini, terdapat beberapa teknik mudah menghafal yang boleh digunakan oleh guru dan murid di sekolah.

“Saya kongsikan empat tip yang mungkin bermanfaat buat semua.

“Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak menghafal surah dengan mudah. Selamat mencuba,” katanya.

Ini empat teknik mudah menghafal surah

1) Niat untuk menghafal kerana ALLAH. Pastikan dalam keadaan ceria dan berlapang dada untuk memulakan bacaan dan hafalan.

2) Tetapkan tempoh masa untuk menghafal surah. Cuba mulakan hafalan dengan lima ayat pertama. Cuba baca dengan melihat bacaan surah tersebut sebanyak 10 atau 15 kali.

3) Membuat ulangan bacaan sebanyak mungkin untuk mengingat semula bacaan .

4) Tasmik bacaan dengan guru menggunakan kaedah talaqqi musyafahah (bersemuka dengan guru).

Artikel berkaitan 

Pelajar pengajian Islam dan bahasa Arab perlu kuasai bahasa Inggeris, ini sebabnya

Rifqah dan Munajjah unggul dalam sukan catur, pasangan adik beradik aktif catur sejak dari kecil

Bekerja sambil belajar, mahasiswa UTM kini pemilik perniagaan cendawan berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok