Barisan MPP UUM Sesi 2022/2023 nekad memperjuangkan kebajikan mahasiswa
Barisan MPP UUM Sesi 2022/2023 nekad memperjuangkan kebajikan mahasiswa

Barisan MPP UUM Sesi 2022/2023 nekad memperjuangkan kebajikan mahasiswa

Roshlawaty Md Raieh
26 Jan 2023 06:56pm
A
A
A

"SAYA akan beri komitmen terbaik demi masa depan semua mahasiswa.” Demikian janji Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sesi 2022/2023, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman.

Menurut Muhammad Izuan Faiz, jawatan yang digalas itu cukup besar dan dia akan pastikan suara pelajar UUM terus diangkat dan didengari pihak pengurusan.

“Fokus saya adalah Kepimpinan Berteraskan Aspirasi Mahasiswa dengan memastikan satu kerjasama yang padu dalam kalangan pemimpin mahasiswa dan membantu universiti,” ujar pelajar Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa pada Sesi Pengumuman Majlis Tertinggi MPP, baru-baru ini.

Muhammad Izuan Faiz

Pengumuman tersebut yang berlangsung di Bilik Senat Universiti telah diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UUM, Profesor Dr Shahimi Mohtar yang menjalankan fungsi Naib Canselor.

Selain Muhammad Izuan Faiz, beberapa pelajar berkarisma yang lain turut dilantik menerajui MPP UUM Sesi 2022/2023 kali ini.

Antaranya Kavines Nair Ananthan sebagai Naib Yang Dipertua; Emina Kulasic Bong Ei Min, Setiausaha dan Aqimi Rafuad Arisza, Bendahari.

Sementara itu, Emina Kulasic berkata, dia ingin membawa perubahan yang positif dan bersedia menggalas amanah sebagai wakil pelajar demi membantu mereka tanpa mengira latar belakang.

“Saya berharap MPP mampu melaksanakan tugas sebagai wakil yang membawa hasrat pelajar seterusnya menggalas tanggungjawab demi menjaga kebajikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, berkongsi perjalanan proses pengundian, Shahimi berkata, semuanya berjalan lancar sekali gus menunjukkan semua mahasiswa telah mematuhi peraturan yang ditetapkan universiti.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terpilih. Gunakan kepercayaan yang diberikan ini untuk memberi perkhidmatan sebaiknya kepada pelajar di samping membantu pihak pengurusan universiti.

“Kami sedia membantu dan perjuangkan bersama kerana apa yang diperjuangkan oleh MPP kepada pelajar turut memberi kebaikan kepada pihak pengurusan.

“Justeru, kami akan cuba memenuhi hasrat pelajar dengan sebaiknya,” ujar Shahimi dengan menasihatkan seluruh warga kampus agar tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi dan mengelak budaya negatif seperti surat layang dan komen dalam media sosial.

Artikel berkaitan 

Noradlie jadikan kegigihan banduan sebagai inspirasi sambung pengajian di UUM

Bekas KP Pendidikan, Amin Senin ketuai MPPK

Mahasiswa perlu cemerlang akademik dan akhlak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok