kolej-komuniti-negeri-sembilan-alam-sekitar
kolej-komuniti-negeri-sembilan-alam-sekitar

Lebih 90 sukarelawan sertai Program Sukarelawan Kolej Komuniti Negeri Sembilan sempena World Cleanup Day 2022

Adlan Farhan Azwan
27 Sep 2022 03:52pm
A
A
A

Dalam usaha melahirkan pelajar yang berupaya memelihara dan memulihara alam sekitar, Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Negeri Sembilan, baru-baru ini telah mengadakan Program Sukarelawan Kolej Komuniti Negeri Sembilan, sempena World Cleanup Day 2022 di Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lebih 90 sukarelawan Kolej Komuniti serta Politeknik sekitar negeri itu telah menyertai program ini dan antaranya dari Kolej Komuniti Rembau, Kolej Komuniti Jempol, Kolej Komuniti Kuala Pilah, Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Komuniti Tampin juga Politeknik Port Dickson.

Sebahagian sukarelawan yang menyertai program ini.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan dan BriSK Kolej Komuniti Negeri Sembilan.

World Cleanup Day adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan mula dianjurkan oleh organisasi antarabangsa iaitu Let's Do It World.

Menurut Pengarah Program, Umi Norsalwa Tukiman, objektif program tersebut diadakan adalah bertujuan mewujudkan sifat prihatin terhadap alam sekitar dan menyemai nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti.

“Selain itu, sukarelawan juga diberi pendedahan merasai pengalaman sendiri bekerjasama dengan industri SWCorp bagi melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Seksyen Pendidikan Masyarakat, SWCorp Negeri Sembilan, Areda Sidik.

Barisan sukarelawan yang telah menjayakan Program Sukarelawan Kolej Komuniti Negeri Sembilan sempena World Cleanup Day 2022.

Dalam pada itu, Umi Norsalwa yang turut menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras BriSK, Kolej Komuniti Rembau berharap agar program ini menjadi satu budaya baru dalam kehidupan masyarakat untuk terus mengamalkan kebersihan.

“Sebanyak 170.50 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip sepanjang Pantai Saujana, Port Dickson, yang meliputi pelbagai jenis sisa seperti plastik, kertas, botol air, kotak minuman besar, puntung rokok dan macam-macam lagi.

“Daripada semua sisa sampah ini, sisa plastik telah mencatat hasil kutipan tertinggi dengan lebih 73.31 kg.

“Hasil kutipan sisa ini telah diaudit mengikut kategori yang ditetapkan bagi mengenal pasti kategori dan jenis paling banyak dibuang merata-rata,” jelasnya.

Artikel berkaitan

50 sukarelawan KILAU UMP tanam 400 pokok di Tasik Chini

‘Let’s Science Up’, bantu tingkat minat pelajar dalam subjek Sains

25 sukarelawan UM sertai program CSI


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok