HomeKomuniti21 sifat yang perlu ada dalam diri setiap cikgu. Ini perkongsian Guru...

Artikel Berkaitan

21 sifat yang perlu ada dalam diri setiap cikgu. Ini perkongsian Guru Cemerlang

Guru-guru merupakan golongan paling sibuk dalam perkara yang berkaitan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Begitu juga dengan pelajar dan ibu bapa. Masing-masing ada komitmen dalam memastikan pelajaran tidak diabaikan.

Berkongsi dengan GPSBestari, Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong Pokok Sena, Kedah, Dr Abdul Ghani Jalil berkata, tugas guru semakin banyak dan mencabar pada ketika ini.

“Dengan PdPR dan tanggungjawab yang lain, saya yakin semua guru di Malaysia dapat melakukan yang terbaik demi melahirkan modal insan yang berkualiti,” katanya dengan menambah guru-guru perlu cinta akan profesion perguruan dan menetapkan sasaran kerja demi kemenjadian pelajarnya.

Gambar hiasan daripada Freepik.

Melihatkan kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukan oleh cikgu-cikgu, Dr Abdul Ghani berkongsi 21 sifat yang perlu ada dalam diri mereka bagi memantapkan lagi kemahiran dan kepakaran masing-masing. 

Berikut perkongsian beliau.

1) Guru memiliki ilmu tentang mata pelajaran atau perkara yang diajar. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau mata pelajaran yang diajar.

2) Guru aktif sebagai ahli profesional keguruan, membaca jurnal, berbincang dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan  kemahiran di dalam metadologi dan pengetahuan tentang murid dan isi kandungan mata pelajaran yang diajar.

3) Guru memahami proses pembelajaran. Sebagai guru, murid akan dipastikan faham tentang mata pelajaran yang diajar, harapan guru terhadap murid dan prosedur bilik darjah. Murid juga akan terbabit secara aktif dengan aktiviti pembelajaran dan guru memastikan murid dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman.

4) Guru berperanan sebagai ‘broker pendidikan’, mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat tentang perkara yang diajar dan mengetahui sumber-sumber maklumat yang terbaik tentang mata pelajaran tersebut.

Gambar hiasan daripada Freepik.

5) Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi role model atau ikutan murid.

6) Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima segala perubahan.

7) Guru mesti berlaku adil dan saksama terhadap muridnya tanpa mengambil kira soal jantina, bangsa, agama, kewargenegaraan, status sosial dan perkara-perkara lain.

8) Guru mesti melakukan persediaan untuk mengajar sama ada menulis persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran.

9) Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.

10) Guru berperanan sebagai pembuat keputusan yang berkesan.

Gambar hiasan daripada Freepik.

11) Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para muridnya.

12) Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap murid dan menyediakan persekitaran yang positif dan membina bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran.

13) Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap seorang murid.

14) Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian terhadap pembelajaran murid.

15) Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa, rakan setugas, pihak pentadbir dan staf-staf lain di samping sentiasa mengamalkan etika profesioalisme perguruan.

Gambar hiasan daripada Freepik.

16) Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab profesionalisme perguruan.

17) Guru menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang aktiviti yang ada kaitan dengan proses pembelajaran.

18) Guru juga mesti pandai berjenaka tetapi tidak berlebihan supaya tidak menjatuhkan kewibawaan sebagai seorang guru.

Gambar hiasan daripada Freepik.

19) Guru mesti mahir mengenal pasti murid yang memerlukan perhatian khusus dalam pembelajaran.

20) Guru mesti menunjukkan kepada murid bagaimana mata pelajaran yang dipelajari boleh digunakan di dalam aspek kehidupan seharian.

21) Guru mesti seorang yang boleh dipercayai.

Artikel Terkini