HomeKomunitiSukar hasilkan jadual belajar anak di rumah? 8 tip ini mungkin membantu...

Artikel Berkaitan

Sukar hasilkan jadual belajar anak di rumah? 8 tip ini mungkin membantu mak dan ayah. Boleh cuba dahulu!

Sekarang sedang berlangsungnya Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimana situasi mak dan ayah dalam menguruskan masa anak-anak di rumah? Adakah dalam keadaan stres ataupun semuanya masih dalam kawalan?

GPSBestari kongsikan beberapa tip menghasilkan jadual belajar yang berkesan untuk anak-anak ketika berada di rumah.

Moga ia dapat membantu ibu bapa membuat jadual berkenaan mengikut masa dan keadaan masing-masing.

Selamat mencuba!

1) Kenal pasti kemampuan murid. Kaji kelebihan dan kelemahan mereka dari sudut penguasaan mata pelajaran melalui keputusan peperiksaan bulanan di sekolah sebelum ini.

Baca juga Hannah Mumtaz harumkan nama negara di peringkat dunia 

Baca juga Bakat melukis komik murid Tahun Enam ini buat ramai kagum!

2) Beri tumpuan yang lebih pada mata pelajaran teras (bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) terutamanya mata pelajaran yang masih belum dikuasai.

Jadual belajar
Gambar hiasan daripada Pexels.

3) Hadkan setiap sesi pembelajaran atau latihan kepada setengah jam diselangi waktu rehat selama 15 minit untuk memori yang lebih kuat (dan bagi mengelakkan keletihan otak).

4) Fokuskan mata pelajaran yang melibatkan pengiraan dan formula seperti Matematik, Fizik dan subjek yang berkaitan dengannya pada sebelah petang bagi mengelakkan mengantuk.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

5) Mata pelajaran Sastera dan teori yang lebih santai boleh buat ulang kaji pada waktu malam.

6) Luangkan masa untuk bersukan dan beriadah selama 45 minit hingga satu jam pada waktu petang. Elakkan aktiviti yang ekstrem supaya tidak terlalu keletihan untuk sesi ulang kaji pada waktu malam.

Hasil jadual belajar
membuat jadual belajar | gambar hiasan daripada Pexels.

7) Amalkan solat fardu tepat pada waktunya untuk fadilat kelapangan masa yang luar biasa! Banyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran selepas solat sebagai terapi jiwa dan minda.

8) Bangun pagi lebih awal sebelum waktu Subuh untuk menunaikan solat sunat (tahajud, taubat dan hajat) dan menghafal mata pelajaran yang melibatkan fakta.

Ini hanyalah sebahagian contoh pembahagian aktiviti seharian dan masa belajar yang boleh dijadikan rujukan buat semua.

Dengan cara ini, ibu bapa boleh memantau perkembangan anak-anak dengan lebih baik.

Sekiranya masih ada aktiviti yang perlu ditambah, bolehlah selitkan dalam mana-mana hari yang bersesuaian.

Sumber: Portal NsN Islamic

Artikel Terkini