Anugerah Sekolah S.M.A.R.T

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang ke ANUGERAH SEKOLAH S.M.A.R.T SINAR BESTARI (ASSSB)

Apakah itu ASSSB?

ASSSB merupakan anugerah yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun ini untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang menepati ciri-ciri S.M.A.R.T.

Apakah itu ciri-ciri S.M.A.R.T?

    Ciri-ciri sekolah S.M.A.R.T adalah seperti berikut:-

  • S – SKIL : Fokus kepada skil pengurusan untuk menjayakan pembangunan sekolah
  • M – MAHIR : Fokus kepada kemahiran para guru menjayakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  • A – ATRIBUT : Fokus kepada kemenjadian pelajar meliputi pelbagai aspek iaitu akademik, insaniah dan kokurikulum
  • R – RELEVAN : Fokus kepada projek/program sekolah yang relevan dalam keperluan pendidikan abad ke 21
  • T – TEKNOLOGI : Fokus kepada penggunaan teknologi/ICT yang digunakan sepanjang pandemik
Anugerah Sekolah S.M.A.R.T

Objektif anugerah

  • Menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Menyokong pengurusan sekolah untuk sentiasa berdaya saing dalam pembangunan sekolah bagi menjadi yang terbaik.
  • Menyokong kemenjadian para guru untuk sentiasa memberikan idea kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pendidik kalis masa depan.
  • Menyokong dan mendorong kemenjadian para pelajar untuk menjadi insan yang terbaik dari setiap aspek meliputi akademik, kokurikulum dan insaniah.
  • Memberi peluang kepada PIBG dan penglibatan para swasta dalam usaha memantapkan sekolah sebagai usaha komuniti yang mengutamakan Pendidikan.

Syarat-syarat penyertaan:

  • Dua kategori dipertandingkan iaitu sekolah rendah dan menengah.
  • Pertandingan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah kerajaan sahaja. Sekolah swasta tidak dibenarkan turut serta.
  • Sekolah perlu menepati kriteria S.M.A.R.T
  • Pihak sekolah perlu melengkapkan borang dan pembentangan dalam bentuk slide
  • Setiap penyertaan perlu pencalonan 2 guru terbaik dan 3 pelajar terbaik untuk dinilai
  • Penyertaan mestilah disahkan oleh guru besar / pengetua.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 2022.
  • Penyertaan akan terbatal jika terdapat maklumat yang tidak benar.
  • Keputusan adalah muktamad setelah disahkan oleh auditor.
  • Segala bahan-bahan pertandingan yang diberikan kepada pihak Sinar Bestari adalah menjadi hak milik Sinar Bestari dan boleh digunakan untuk apa-apa sahaja tujuan Sinar Bestari serta anak syarikat di bawah Sinar Karangkraf.

Borang penyertaan:

  • Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap seperti nama sekolah, alamat sekolah, kategori sekolah, nama guru besar/pengetua, pencapaian sekolah, gambar sekolah dan lain-lain maklumat yang diperlukan serta cop rasmi sekolah.
  • Pihak sekolah dikehendaki menyertakan gambar, slide atau video sebagai bahan sokongan pada borang penyertaan.

PENCALONAN DITUTUP PADA 16 JULAI JAM 11.59 MALAM
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH AKAN DIADAKAN PADA 5 OKTOBER 2022

    HADIAH

  • SEKOLAH RENDAH
    • Bandar – RM10,0OO
    • Luar Bandar – RM10,000
  • SEKOLAH MENENGAH
    • Bandar – RM10,000
    • Luar Bandar – RM10,000

Anugerah Sekolah S.M.A.R.T

Dapatkan info semasa pendidikan terus ke Inbox anda

Meen Tahrin
0192329032 | [email protected]

Roshlawaty Raieh
0136236716 | [email protected]

Ikuti Kami

Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. | © 2021 All rights reseved. GPS Bestari is a community website for Malaysia education field.