HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TCikgu Abas harum nama SK Danau Kota 2 dalam bidang sukan

Cikgu Abas harum nama SK Danau Kota 2 dalam bidang sukan

Nor Asyikin Husin adalah salah seorang atlet jalan kaki kebanggaan Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota 2, Setapak, Kuala Lumpur apabila mengharumkan nama sekolah, mewakili negara pada Sukan SEA Hanoi 2022, baru-baru ini.

Di sebalik kejayaan murid ini, orang yang bertanggungjawab mengasah bakatnya ialah Cikgu Abas Kasim.

Berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang pendidikan, Cikgu Abas yang sememangnya aktif dalam bidang sukan turut berjasa kepada SK Danau Kota 2 apabila banyak lagi kejayaan yang dikecapinya.

Antara kejayaan yang diciptanya ialah mendapat Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik 2021 dan Anugerah Jurulatih Terbaik Kesatuan Olahraga Amatur Temerloh, Pahang.

Beliau juga merangkul gelaran johan dalam Pertandingan Burpee Bawah 12 Tahun 2021 Peringkat Kebangsaan bagi kategori jurulatih dan guru pembimbing.

Pertandingan yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) ini, telah menobatkan seorang lagi anak didik Cikgu Abas, Muhammad Aqhil Mikail sebagai johan.

Hasil bimbingan Cikgu Abas juga, SK Danau Kota 2 telah diumumkan sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri 2022.

Dalam kejohanan itu menyaksikan dua anak murid, Farisya Amani dan Mohammad Hafiy masing-masing mendapat pingat emas dan tempat keempat.

Kejayaan tersebut juga melayakkan mereka yang mewakili PPD Keramat untuk mara ke peringkat kebangsaan dalam kejohanan yang akan berlangsung di Terengganu nanti dan pada masa yang sama menyertai pertandingan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB 

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid 

Sukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2)


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok