Ketahui 18 SOP sesi persekolahan PKPP
Iklan
Ketahui 18 SOP sesi persekolahan PKPP
- Perkara dibenarkan:Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
- Guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan pelajar di pintu masuk sekolah.
- Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
- Murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.
- Murid perlu sentiasa jaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap.
- Meja-meja disusun pada jarak satu meter dalam kelas.
- Waktu rehat adalah secara berperingkat.
- Makanan dan minuman siap dibungkus.
- Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin.
- Murid akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.
- Ibu bapa atau penjaga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.
- Dalam bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu meter.
- Penggiliran waktu makan akan dilaksanakan mengikut bilangan murid.
- Susunan meja di dewan makan akan turut mengambil kira keperluan penjarakan sosial.
- Pelajar yang didapati bergejala akan dibekalkan topeng muka dan perlu memakainya seperti garis panduan ditetapkan.
- Perkara tidak benarkan:Aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Begitu juga dengan perhimpunan sekolah.
- Anak-anak tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tidak boleh ke sekolah dan perlu dibawa membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
- Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.