Peranan pengajar dalam komunikasi pembelajaran secara dalam talian

Iklan
pexels-vanessa-garcia-6325984

Pengadaptasian norma baharu secara optimum dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) tatkala dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 sangat penting demi memastikan sistem pendidikan tidak terganggu, seterusnya memacu negara dalam usaha menghasilkan modal insan yang berkualiti serta idealistik.

Iklan
Iklan

Namun begitu, persoalan utama, sejauh manakah keberkesanan komunikasi dalam talian yang digunakan semasa proses pembelajaran berlaku.

Iklan

Hasil kajian yang dilakukan di era pandemik Covid-19 berkaitan PdP dalam talian mendapati masalah utama yang dihadapi adalah berkaitan; maklum balas dan tindakan lambat diberikan oleh pengajar; penggunaan strategi pengajaran yang kurang jelas; serta kesukaran berinteraksi bersama pelajar secara teratur sehingga tidak mencapai piawaian proses pengajaran yang ditetapkan.

Iklan

Justeru, terdapat beberapa langkah disarankan agar platform komunikasi yang sedia ada dapat diguna pakai dengan berkesan.

Tenaga pengajar seharusnya berpengetahuan dalam teknik penggunaan peranti dan aplikasi pembelajaran yang praktikal.

[caption id="attachment_27377" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]

Baca juga Windows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia

Baca juga 9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti

Sudah tentu peranti dan aplikasi pembelajaran yang digunakan perlu disesuaikan dengan bidang masing-masing.

Platform komunikasi secara dalam talian yang ringkas seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan Instagram sehingga yang lebih berstruktur seperti Zoom, Google Meet, Webex, Microsoft Teams dan sebagainya kini digunakan dengan cukup meluas bagi membolehkan maklumat pembelajaran dilaksanakan sama ada secara segerak (synchronous) ataupun tidak segerak (asynchronous) bersesuaian dengan keperluan pembelajaran.

Bagaimanapun, peranti dan aplikasi yang hebat sahaja belum cukup untuk memastikan keberkesanan proses pembelajaran kerana pengajar juga perlu memastikan interaksi bersama pelajar berlaku secara dua hala dan memberi keselesaan kepada mereka untuk melontarkan buah fikiran.

Pengajar seharusnya mengurangkan dominasi di dalam kelas maya dengan menyampaikan syarahan secara sehala dan memberi arahan sahaja, sebaliknya membuka ruang untuk pelajar supaya lebih kreatif dalam melaksanakan proses penyelesaian masalah secara dalam talian.

[caption id="attachment_27376" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]

Domain kognitif berkaitan kemampuan yang mencakupi kegiatan mental (berfikir); domain afektif menyentuh sikap, nilai dan perasaan, manakala psikomotor menitikberatkan ketrampilan (kemahiran), pergerakan interpretif hasil daripada pemahaman kognitif.

Pelbagai aktiviti boleh dirangka bagi menggalakkan interaksi secara maya berlaku, terkini kaedah gamifikasi popular digunakan bagi mengaktifkan sesi pembelajaran secara maya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Seterusnya, pengajar digalakkan untuk lebih empati terhadap situasi yang dihadapi pelajar.

Dalam bergelut dengan situasi pandemik ini, banyak keluarga pelajar yang terkesan secara ekonomi, emosi mahupun mental.

Atas desakan hidup, segelintir pelajar terpaksa mencari apa sahaja pekerjaan bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga. Satu perkara yang kita perlu elakkan adalah pelajar terpaksa berhenti belajar atas alasan tidak mahu membebankan keluarga.

Seharusnya pengajar tidaklah rigid dengan kepelbagaian tugasan sehingga pelajar tidak mampu melaksanakannya dengan baik.

[caption id="attachment_27375" width="400"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]

Pengajar perlu lebih fleksibel dan terbuka dalam merancang dan melaksanakan tanggungjawab mendidik pelajar; mengintegrasikan pelbagai kaedah pengajaran agar menarik minat pelajar; dan menunjukkan moral yang tinggi sebagai teladan kepada pelajar.

Penggunaan bahasa semasa berinteraksi perlulah jelas; mengandungi istilah khusus yang tepat, sesuai dengan bidang pengajian mereka.

Harus diingatkan, sikap empati bukanlah bermaksud berlembut sehingga tiada ketegasan dalam membimbing pelajar.

Maklumat Penulis

Suraya Hamimi Mastor merupakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Bandaraya Melaka