Kerjasama UiTM dan pihak luar dalam memperkasakan HETVET @ UiTM
Iklan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Pendidikan, Sains dan Kubudayaan (UNESCO) telah mengiktiraf Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan alam pekerjaan.Pengetahuan pelajar ini diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi dan mereka dijangkakan akan memperoleh manfaat yang besar dalam pembangunan TVET tersebut.TVET mempunyai skop yang amat luas. Pembanguan TVET juga dapat melahirkan pekerja yang mahir dan separa mahir bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja teknikal dan vokasional.Perkara ini sudah pasti dapat meningkatkan perkembangan ekonomi negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini.Selaras dengan hasrat negara serta pekembangan semasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah memberi perhatian dalam memperkasakan agenda TVET. HETVET @ UiTM merupakan salah satu usaha UiTM dalam mengarus-perdana dan memperluaskan akses kepada TVET yang berkualiti untuk memenuhi keperluan industri.[caption id="attachment_27536" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]Tujuan utama pembangunan HETVET@UiTM adalah bagi menghasilkan graduan yang berkualiti di dalam bidang TVET.HETVET@UiTM juga meliputi pengetahuan, kemahiran teknikal dan bukan teknikal yang diperlukan oleh graduan sebagai persediaan di alam perkerjaan. Graduan yang kompetan ini sangat diperlukan sebagai guna tenaga industri bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.Baca juga Ahli akademik Malaysia terima anugerah kehormat daripada Presiden UzbekistanBaca juga Mahu jadi pemain bolasepak, ini kemahiran asas yang perlu pelajar kuasai