6 tip melatih kemahiran dan kenal pasti potensi anak anda

Iklan
portal-tip5

Setiap anak dilahirkan dengan potensi serta kecenderungan berbeza. Hakikatnya setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Iklan
Iklan

Dalam konteks ini, ibu bapa dan pendidik bertanggungjawab mengenal pasti kecenderungan serta kelebihan yang ada pada setiap anak melalui pemerhatian berterusan seterusnya merangsang kecerdasan mereka dalam sesuatu bidang berdasarkan apa yang diminatinya, bukan apa yang disukai ibu bapa atau pendidik.

Iklan

Menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Intan Farahana Abdul Rani, memaksa anak-anak melakukan sesuatu yang bukan berdasarkan minat atau kecenderungan masing-masing akan memberi kesan negatif terutama dari aspek perkembangan sahsiah, keyakinan diri dan kemantapan jati diri.

Iklan

Katanya lagi, dengan mencungkil kemahiran atau bakat anak-anak, secara tidak langsung kita sebagai ibu bapa dapat membantu mengembangkan potensi karier masa depan mereka di kemudian hari.

Untuk itu, beliau berkongsi enam tip bagaimana untuk melatih kemahiran juga mengenal pasti potensi anak masing-masing.

[caption id="attachment_27627" width="200"] Dr. Intan Farahana[/caption]

  1. Perhatikan tabiat dan hobi anak-anak

Setiap hari, perhatikan apa yang biasa dilakukan oleh anak-anak dan perkara yang mereka gemari. Tabiat dan hobi harian mereka boleh dikembangkan lebih jauh. Kanak-kanak juga mempunyai kecenderungan yang berbeza terhadap subjek yang dipelajari. Ada yang menyukai Matematik atau Sains dan mungkin juga bahasa Inggeris. Kita dapat mengenal pasti minat anak terhadap subjek kegemaran  dengan melihat bagaimana mereka menerangkan tentang kecintaan terhadap subjek tersebut.

 

2. Biarkan mereka meneroka kebolehan masing-masing

Sebaiknya biarkan anak mencuba banyak perkara positif untuk menggali bakat tersembunyi mereka. Jangan hadkan selagi masih selamat dan masuk akal. Kita dapat melihat pelbagai aktiviti yang anak-anak lakukan dan apabila  melihat perkara baharu yang mereka gemari, kita boleh membimbing untuk mengembangkan potensi bakat yang lain juga.

3. Beri rangsangan kepada anak-anak

Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai potensi anak, kita boleh mempelbagaikan kaedah rangsangan, contohnya melalui permainan yang interaktif (interactive games) atau kursus (melukis, muzik, tarian, nyanyian) berdasarkan minat mereka.

4. Komunikasi dengan anak-anak

Berikan perhatian kepada keperluan anak-anak. Jangan abaikan perkara yang mereka minat. Bina perbualan mendalam (deep conversation) tentang apa yang disukai dan apa yang dikehendaki apabila dewasa kelak. Hal ini dapat mewujudkan ikatan emosi antara ibu bapa dan anak-anak supaya mereka dapat memberitahu kita tentang apa sahaja.

5. Beri masa untuk anak bersosial

Berkomunikasi atau berinteraksi dengan rakan adalah penting untuk perkembangan sosial anak-anak anda. Mereka dapat berkongsi tentang kecenderungan atau kemahiran masing-masing dengan rakan. Berikan perhatian pada tingkah laku masing-masing ketika mereka bersosial. Dengan ini kita mungkin menjumpai potensi tersembunyi anak-anak yang lain.

6. Beri pujian pada usaha anak-anak, bukan kemampuan semula jadi

Bakat atau kemahiran perlu diasah. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengelak daripada memuji anak-anak kerana kemampuan semula jadi yang mereka miliki. Contohnya seperti penampilan fizikal seseorang. Sebaliknya, puji usaha dan kerja keras, serta bina keyakinan juga sahsiah mereka untuk mengembangkan kemahiran yang dibina. Ini akan membuatkan anak-anak ingin mengembangkan lagi bakatnya, sambil membentuk sifat positif.