Guru cemerlang Kimia terima anugerah antarabangsa

Iklan
251021-portal cikgu
IPOH - Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh, yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kimia sebelum ini, menerima anugerah antarabangsa Global Teacher Award 2021.V Komathy, 38, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent di sini, menerima pengiktirafan itu pada majlis yang diadakan secara maya di laman Facebook dan saluran YouTube AKS Education Awards, semalam.[caption id="attachment_28057" width="300"] V Komathy[/caption]Komathy merupakan lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini sedang melanjutkan pengajian kedoktoran pelajaran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama. Sepanjang 14 tahun bergelar pendidik, beliau bukan sahaja menjadi guru akademik bagi subjek Kimia, tetapi turut aktif dalam bidang inovasi sehingga namanya dikenali di peringkat antarabangsa.[caption id="attachment_28056" width="300"] Sepanjang 14 tahun bergelar pendidik, Komathy turut aktif dalam bidang inovasi.[/caption]Antara produk inovasi terbaik pernah dihasilkan ialah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 iaitu produk PdPC Kimia dan Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable environment yang merupakan produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah.Ketika ditemui, Komathy berkata, pengiktirafan yang diterima itu menjadi penyuntik semangat dan motivasi kepada dirinya untuk membawa lebih banyak pembaharuan dalam pembelajaran kimia."Saya harap pengiktirafan ini dapat dijadikan inspirasi kepada guru-guru lain untuk berusaha lebih gigih mendidik anak bangsa dengan cemerlang," katanya. Atas faktor itu, beliau sedaya upaya menambah baik kaedah mengajar menerusi penghasilan inovasi subjek Kimia bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam bilik darjah."Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran ini supaya tidak mudah putus asa untuk belajar," katanya.