Penglibatan belia penting untuk 'remajakan' sektor pertanian
Iklan
ARAU- Persepsi golongan belia terhadap bidang pertanian perlu terus diperbaiki bagi meningkatkan lagi penglibatan mereka dalam bidang itu, sekali gus berupaya untuk 'meremajakan' sektor berkenaan.Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Haslina Abdul Hamid berkata berdasarkan kajian, golongan muda dikenal pasti sebagai kelompok utama yang cenderung atau terbuka menerima teknologi-teknologi pertanian moden seperti internet benda (IOT), pertanian persis dan pertanian pintar."Penglibatan mereka dalam bidang pertanian juga boleh mengurangkan pengangguran, mengatasi kemiskinan, serta meningkatkan bekalan makanan dalam negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada import makanan, di masa akan datang," katanya selepas merasmikan Klinik Usahawan Agro di sini, hari ini.
Iklan
Iklan
"Jadi rebutlah peluang yang telah disediakan, timbalah ilmu agar kita berjaya di dalam setiap projek dan perniagaan yang kita ceburi," katanya.
Mengenai Klinik Usahawan Agro pula beliau berkata program itu diadakan untuk membantu usahawan-usahawan muda melalui jabatan dan agensi di bawah kementeriannya, bagi menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian."Program ini juga bertujuan untuk memberi persediaan dari segi ilmu pengetahuan berkaitan projek pertanian dan industri makanan yang ingin diceburi kepada kumpulan sasar, agar mereka boleh menjana pendapatan yang tinggi," katanya.Haslina berkata pihaknya juga sentiasa berusaha untuk mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian. - BERNAMA