Sesi persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022, ini info lengkap yang perlu guru dan pelajar tahu

Iklan
82006982_10157823154264038_8384578066545901568_n
Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini.Dalam kenyataan tersebut, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan berlangsung hingga 11 Mac 2023.Manakala bagi Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 12 Mac 2023.Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pula, akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi Kumpulan B.Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula pada Isnin.