KPM akan keluarkan jadual baharu SPM

Iklan
140921-fi radzi
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam tempoh terdekat.Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta Pengurusan Teringgi KPM berhubung isu jadual peperiksaan SPM yang mengundang reaksi daripada pelbagai pihak."Kami mengambil kita semua pandangan yang diberikan dan Insya-ALLAH kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat," katanya melalui hantaran video di Facebook, hari ini.Jadual peperiksaan SPM tahun ini mengundang kritikan pelbagai pihak berikutan tarikh peperiksaan yang bermula pada 3 hingga 20 Mac 2022 itu jatuh pada hari Jumaat dan Ahad.Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut jatuh pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari hingga 20 Mac 2022.