Perpustakaan terima buku dipinjam 73 tahun lepas, tengok berapa denda yang dikenakan. Sangat mengejutkan!

Iklan
_121590296_hi072023721-1 (1)

Bayangkan kalau kita buka buku yang pernah kita pinjam dari perpustakaan sekolah atau universiti, kemudian terlihat pada tarikh akhir pemulangan buku yang sudah terlepas sejak tiga bulan lepas.

Iklan
Iklan

Alamak, pada ketika itu apa yang berada dalam fikiran kita pastinya sedang mengira-ngira berapakah denda yang perlu dibayar ketika memulangkan kembali buku tersebut.

Iklan

Kalau sehari RM1, sebulan sudah RM30, tapi kita sudah terlewat selama tiga bulan, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM90. Kalau bagi pelajar uneversiti, jumlah ini cukup untuk buat modal belanja makan selama sembilan hari.

Iklan

Itu baru tiga bulan, bayangkan jika kita terlewat selama 73 tahun!

Itu yang berlaku di Scotland, di mana sebuah perpustakaan iaitu Perpustakaan Awam Dunfermline, telah menerima sebuah buku bertajuk Stately Timber tulisan Rupert Hughes yang dipinjam daripada mereka pada tahun 1948!

[caption id="attachment_29414" width="600"] Pembantu pustakawan perpustakaan, Donna Dewar, tergelak apabila membuka bungkusan itu, kerana tidak mempercayainya. | Kredit gambar BBC[/caption]

Menurut pembantu pustakawan perpustakaan tersebut, Donna Dewar, buku itu telah ditemui oleh anak perempuan peminjam dan diposkan kembali ke pihak perpustakaan.

"Saya tergelak apabila membuka bungkusan itu, kerana seakan-akan tidak percaya.

"Kami mempunyai buku yang dikembalikan ke cawangan Rosyth selepas 14 tahun baru-baru ini, yang kami fikir sudah cukup lama, tetapi ini jauh melebihi apa yang kami fikirkan.

"Untuk sedikit keseronokan, kami mengambil tahu berapa banyak yang mungkin perlu dibayar sebagai denda dan ia mencecah £2,847 (RM16,033.99),” tambahnya.

Jangan risau kerana tiada wang yang perlu dibayar oleh waris sebagai denda berikutan perpustakaan terbabit telah mengadakan program pengampunan lewat pulang buku sepanjang pandemik Covid-19.

Buku tersebut telah dikirim bersama-sama sepucuk surat daripada anak peminjam bagi menjelaskan mendiang bapanya telah tinggal di Thornton di Fife pada tahun 1948.

Dia menjelaskan bahawa dirinya tidak akan tahu sama ada bapanya terlupa untuk memulangkan buku itu atau telah memilih untuk menyimpannya.

Buku itu turut disertakan bersama surat daripada anak perempuan peminjam bagi menjelaskan mengapa buku terbabit baru dipulangkan.

Untuk rekod, buku milik perpustakaan yang paling lama dipinjam sebelum dipulangkan adalah selama 288 tahun iaitu sebuah buku yang dipinjam dari Kolej Sidney Sussex di Universiti Cambridge pada tahun 1668.

Artikel berkaitan 

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Rupa-rupanya, ini rahsia Easwaran peroleh A+ Tasawwur Islam SPM 2020. Ahmad Fedtri Yahya terharu!

"Saya dah siapkan kerja sekolah cikgu, tapi…”– Air mata warganet tumpah!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok