(VIDEO) Menangis jumpa guru, tanda sayang Adele buat ramai peminat terharu

Iklan
vlcsnap-2021-11-21-20h58m18s941 (1)

Ketika membuat persembahan ‘An Audience With Adele’ di London Palladium baru-baru ini, penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Easy On Me’ mendapat satu pertanyaan daripada salah seorang penonton.

Iklan
Iklan

Penonton itu bertanya kepada Adele jika dia mempunyai mana-mana individu yang telah memberikan inspirasi serta menjadikannya seperti hari ini.

Iklan

Adele menjawab terdapat seorang guru bernama Mcdonald yang telah mengajarnya ketika dia kecil. Menurut Adele, McDonald merupakan seorang guru bahasa Inggeris dari Chestnut Grove di United Kingdom.

Iklan

[embed] ?s=20[/embed]

Walaupun Adele hanya belajar selama setahun bersama McDonald, dia merasakan guru itu telah banyak berjasa dan menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk mendalami ilmu sastera.

Penonton yang bertanyakan soalan tadi kemudiannya memberitahu Adele bahawa McDonald sebenarnya turut berada dalam majlis tersebut.

Lantas kelihatan McDonald bangun menuju ke pentas dan terus memeluk Adele yang menangis kerana terharu dapat berjumpa dengan guru kegemarannya itu.

Mereka berdua berbual di atas pentas dan masing-masing bertanyakan khabar. McDonald memberitahu yang dia tidak lagi mengajar bagi menjaga keluarganya. Sementara Adele juga menyatakan kepada McDonald yang dia telah mengubah kehidupannya.

McDonald berterima kasih kepada Adele kerana masih mengingatinya sebagai seorang guru walaupun masa telah lama berlalu.

Jasa dan pengorbanan seorang guru amatlah besar. Mereka bukan sahaja pendidik tetapi juga tulang belakang masa depan anak bangsa dan medium penting untuk mengubah diri pelajar menjadi individu berkualiti.

Sumber: Twitter ITV

Artikel berkaitan

Pendidikan Muzik di sekolah, perlu atau tidak?

Datuk Syafinaz sifatkan muzik satu seni yang mahal dan bernilai

Ini dia, 5 ciri guru yang disukai pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok