Pengetua, guru besar di Sabah dinasihat batal aktiviti, kelas tambahan pada cuti sekolah
Iklan
KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menasihatkan pengetua dan guru besar agar membatalkan semua kelas tambahan pada musim cuti sekolah ini.
Pengarahnya Mistirine Radin berkata pembatalan itu termasuk aktiviti lain melibatkan guru dan pelajar berikutan situasi semasa COVID-19 ketika ini.
"Arahan itu telah dikeluarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," katanya kepada Bernama dalam aplikasi Whatsapp, di sini semalam.
Cuti sekolah pertengahan penggal pertama bagi kumpulan B termasuk Sabah adalah selama sembilan hari bermula 14 hingga 22 Mac. - Bernama
Artikel lain:
RM105,000 untuk dimenangi, guru dan pelajar perlu rebut peluang ini
Iklan
Hasil bimbingan tiga guru hebat ini, pasukan inovasi SK Kampung Idaman menang emas peringkat dunia
Iklan