Cikgu Faizal kongsi tip dapatkan cuti belajar dengan biasiswa penuh, para guru perlu ambil tahu!

Iklan
204653557_4670968656266057_4356446083930541138_n

Pasti ramai dalam kalangan warga pendidik yang menyimpan cita-cita untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka tetapi khuatir tentang kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung ketika menyambung pengajian kelak.Mengambil kira faktor itu, mungkin ada guru-guru yang membatalkan sahaja hasrat mereka untuk menyambung pelajaran tanpa sedar sebenarnya ada solusi yang boleh diambil iaitu cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).Ingin tahu penyelesaiannya, jom ikuti perkongsian tip oleh Cikgu Faizal Nasih mengenai cara-cara agar permohonan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa dapat diluluskan.***ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021

Iklan
Iklan

Saya kongsikan 8 tip kepada rakan-rakan yang berniat sambung PhD supaya rakan-rakan yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yang betul dan juga menjimatkan masa. Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr Othman Talib, Dr Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan. Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.

BACA JUGA: Mahu mahir berbahasa Arab? 7 tip ini membantu guru dan pelajar kuasai dengan mudahBACA JUGA: 9 tip urus kewangan bagi cikgu muda yang baru postingTip 1: Selepas memohon di laman web epenawaran. Sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buat pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena hubungi sendiri. *Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yang menentukan anda berjaya dipanggil temuduga, jika tidak sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.Tip 2: Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart di sini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang penyelidikan berkaitan. Contohnya cara menggunakan reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel mereka di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.Tip 3: Persiapan rapi, di bawah post ini saya sertakan pautan untuk rakan-rakan muat turun Contoh Proposal yang dan juga Skema Pemarkahan Temuduga HLP. Biar sama-sama berjaya.Tip 4: Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS), kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr Shuhairy Norhisham. Ada macam-macam bengkel hands-on diajar oleh pensyarah-pensyarah prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian-perisian terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web sci hub, status level artikel scimago. Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yang sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan-insan hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain, sangat jujur dan membantu seperti Dr Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata-kata yang penuh jenaka tapi deep *pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (*Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)Tip 5: Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment atau call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu-malu atau takut-takut kerana rata-rata mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan biasa-biasa sahaja). Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka memang sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.Tip 6: Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka. Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa).Tip 7: Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu"Nana korobi ya oki” jatuh tujuh kali bangkit lapan kali.Tip 8: Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambaNya. Kalau tiada rezeki perbaiki kelemahan yang ada kadang-kadang orang lain nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tidak salah, tanya pandangan rakan-rakan yang dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. OkehKlik Laman Web di bawah untuk download:1) Skema Pemarkahan Temuduga HLP2) Contoh Proposal PhD3) Contoh Slaid Pembentangan PhD4) Nota Persediaan HLPhttps://www.facebook.com/faizalnasir88/posts/4670971732932416?comment_id=5203950339634550¬if_id=1638980514436249¬if_t=comment_mention&ref=notif

Iklan