Instagram memperkenalkan ciri kawalan ibu bapa pada tahun depan

Iklan
solen-feyissa-KWZa42a1kds-unsplash

Instagram akan melancarkan ciri baharu pada bulan Mac tahun depan. Ketua Instagram, Adam Mosseri telah mengumumkan pihaknya akan membenarkan ibu bapa untuk mengawasi tempoh masa yang diluangkan oleh anak mereka di platform tersebut.

Iklan
Iklan

Ia dilakukan dengan menetapkan had masa dan menerima pemberitahuan jika anak mereka membuat laporan terhadap pengguna lain.

Iklan

Ciri baharu itu direka untuk menjadikan Instagram sebagai platform yang lebih selamat, terutama untuk pengguna di kalangan remaja.

Iklan

Selain kawalan ibu bapa, Instagram juga akan membangunkan hab pendidikan tentang penggunaan media sosial.

BACA JUGA: Pelajar boleh ikuti 5 langkah mudah ini untuk elak akaun media sosial anda digodam

BACA JUGA: Mahu tahu apa sisi positif penggunaan media sosial dalam kalangan remaja? Mohon hadam perkongsian ini

Dalam masa terdekat, Instagram turut akan memperkenalkan ciri ‘Take a Break’. Ciri ini membolehkan pengguna untuk ‘menjauhkan’ diri daripada aplikasi itu setelah 10, 20, atau 30 minit tempoh penggunaan.

Ciri ini telah dilancarkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Kanada, New Zealand dan Australia. Untuk penduduk negara lain, ciri ini akan tersedia pada awal tahun depan.

[embed] ?s=20[/embed]

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Di samping itu, ciri keselamatan lain yang turut diperkenalkan adalah pengawalan kebenaran ‘tag’ bagi pengguna di kalangan remaja.

Menurut ciapannya di Twitter, dia berkata servis baharu ini tidak akan lagi membenarkan pengguna untuk ‘tag’ atau ‘mention’ pengguna remaja.

"Terdapat juga ciri pemadaman secara serentak yang akan diperkenalkan pada bulan Januari yang membantu pengguna memadam aktiviti di Instagram dengan lebih mudah.

"Ia direka bagi membantu pengguna mengurus jejak digital mereka,” katanya.

Sumber: The Verge