Guru dihadiahkan Perodua Aruz sebagai tanda penghargaan menabur bakti selama 35 tahun

Iklan
267351076_2697747257038550_8639175720500629007_n
Sebagai tanda penghargaan terhadap seorang guru, sekumpulan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) telah menghadiahkan sebuah kereta Perodua Aruz bersempena dengan persaraan guru tersebut.Ahmad Bidin, 58, merupakan seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan yang telah berkhidmat selama 35 tahun. Kini, beliau mengambil keputusan untuk bersara.Bersempena dengan persaraan Ahmad, alumni TKC dari tahun 1980 sehingga 2021 telah berganding bahu bagi menjayakan kejutan ini.Ramai bekas pelajar di TKC turut memberikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ahmad di media sosial. Kebanyakan daripada mereka berkata Ahmad merupakan seorang guru yang amat berdedikasi dalam mendidik pelajar sekolah itu.Sinar Bestari tertarik dengan coretan daripada salah seorang bekas pelajar TKC, Farhana Hasbullah. Ikuti perkongsian tersebut di bawah.****Hari semalam memang hari drama air mata.Dari pagi sampai ke malam, berkaca-kaca mata.Malam tadi, saya tonton siaran langsung secara maya majlis persaraan salah seorang guru kami di Kolej Tunku Kurshiah yang telah berkhidmat di sana dari tahun 1986 hingga 202. 35 tahun menabur budi dan bakti.Beliau mengajar saya Matematik Moden Tingkatan Empat sehingga Lima dan seingat saya, beliau seorang yang sangat tekun dan penyabar. Tidak pernah saya perhatikan beliau meninggikan suara dan memarahi pelajar.(Walau di sekolah semua perempuan, kenakalan kami para pelajar kadangkala terserlah juga hihi). Namun, Encik Ahmad sememangnya begitu sabar mendidik kami dan sering berkongsi kata-kata semangat dan motivasi.Walaupun akhir-akhir ini, banyak berita kurang menyenangkan yang kita baca tentang kisah-kisah di sekolah berasrama penuh, alhamdulillah bagi saya banyak memori manis selama lima tahun belajar di sana yang berkisarkan kenangan bersama guru-guru dan rakan-rakan atau ‘Keluarga Kolej Tunku Kurshiah’ seperti yang disebut oleh Encik Ahmad Bidin dalam ucapannya.Antara perkara yang saya belajar di TKC ialah budaya menghormati guru-guru. Kami sering diingatkan bahawa untuk berjaya di dunia dan di akhirat, keberkatan ilmu daripada seorang bernama guru itu adalah teramat penting. Oleh itu, kami sentiasa cuba menjaga hubungan baik antara guru-guru dan pelajar.Selamat bersara, Encik Ahmad Bidin! Moga Allah merahmati segala usaha, kesabaran dan penat lelah cikgu dan mengurniakan kebaikan buat cikgu dan guru-guru kesayangan kami di dunia dan di akhirat.Terima kasih kepada Pyko (saya tak pasti pulak nama penuh), dari batch SPM 2004 yang memulakan kutipan sumbangan untuk menyerahkan hadiah penuh makna daripada pelajar-pelajar dan bekas pelajar Encik Ahmad di TKC dari tahun 1986 hingga 2021.Ketika menerima hadiah kejutan tersebut, beliau sempat lagi menyatakan bahawa hadiah tersebut adalah simbolik penghargaan anak-anak murid kepada semua guru yang telah mendidik kami. Terima kasih Encik Ahmad kerana mengajar kami untuk sentiasa menghormati dan menghargai guru-guru walaupun di saat-saat akhir hari perkhidmatan beliau.Oh ya gambar pertama, adalah gambar yang saya printscreen dari live semalam ketika mantan PK HEM kami, cikgu yang kami kasihi, Datuk Hjh Sabarriah Shukur naik ke pentas mewakili mantan guru-guru TKC untuk menyampaikan hadiah persaraan kepada Encik Ahmad. We love you, teachers! Moga Allah rahmati cikgu-cikgu selalu!Sumber: Farhaana Hasbullah Artikel berkaitan "Saya sudah letih jadi cikgu, tidak semua hargai kami…" Kisah murid kelas hujung berebut bantu guru terseliuh kaki buat warga maya hampir menangis!Guru dan pelajar, berikut 4 tip hafal al-Quran yang boleh anda amalkan 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok