8 kaedah yang boleh pelajar gunakan ketika melakukan pencarian di Google

Iklan
firmbee-com-eMemmpUojlw-unsplash

Tahukah anda, statistik daripada Internet Live Stats menunjukkan enjin carian Google melakukan 5.5 billion carian dalam sehari dan lebih 63,000 carian dalam satu saat.

Iklan
Iklan

Tidak dapat dinafikan, Google telah menjadi sumber utama dalam pencarian maklumat pada era digital kini.

Iklan

Kebanyakan pelajar yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pasti akan menggunakan enjin carian Google bagi mencari maklumat berkaitan dengan tugasan.

Iklan

Perkembangan teknologi yang dilakukan oleh Google setiap hari sebenarnya memudahkan pelajar mencari maklumat dalam masa yang singkat.

Jadi, kali ini GPSBestari hendak kongsikan tujuh kaedah yang pelajar boleh amalkan dalam proses pencarian maklumat menggunakan enjin carian Google.

BACA JUGA: Windows 11 kini sudah boleh didapati di Malaysia

BACA JUGA: Geram bateri telefon cepat ‘kong’? Ini antara antara aplikasi yang ‘kuat makan bateri’

Ikuti perkongsian bebenang Twitter oleh Fezza Hussin

**

1. Gunakan"quotation marks"

Kalau letak quotation mark, hasil pencarian hanya akan bagi hasil yang hanya ada perkataan tersebut sahaja.

Contoh:"Cherating beach experience”

Hasil pencarian akan menunjukkan semua hasil yang mempunyai perkataan Cherating beach experience dan bukan sahaja"Cherating” atau"beach experience”

2. Tilde ~

Boleh gunakan tilde jika mahu lakukan pencarian sinomim termasuk dalam hasil pencarian

Contoh: Art ~ lessons

Hasil pencarian akan menunjukkan ‘art class’, coaching, dan sebagainya. Memang berguna jika anda semua sedang Google dalam keadaan tergesa-gesa dan lupa perkataan yang sebetulnya.

3. Dashes -

Jika ingin mengecualikan perkataan dari hasil pencarian, boleh gunakan hyphen sebelum perkataan itu.

4. Site

Boleh gunakan kaedah ini untuk mencari dalam laman web tertentu sahaja.

Contoh: Steve Jobs site: bbc.com

Jadi, hasil pencarian akan keluar mengenai Steve Jobs sahaja dalam laman web tersebut.

5. Vertical Bar |

Sama fungsi seperti"atau”. Gunakan untuk hasil pencarian yang lebih spesifik.

Contoh: restaurant | cafe

6. Two periods ..

Gunakan ketika membuat pencarian dua tempoh waktu. Hasil pencarian akan menunjukkan hasil diantara waktu tersebut sahaja.

Contoh: best thriller movies 2013..2018

7. Location:

Gunakan untuk mencari sesuatu dalam lokasi tersebut sahaja. Paling berkesan untuk mencari bahan berita

Contoh: kes pecah rumah:Seremban

8. Filetype

Boleh menapis jenis-jenis fail yang diinginkan dalam hasil pencarian

Contoh: best content writing for f&b filetype:pdf

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Sumber: ?s=20">Twitter @FezzaHussin