Hendak tahu asal usul kenapa jururawat Malaysia dipanggil ‘Misi’?

Iklan
708526

Jika kita mengunjungi hospital, pernah tidak anda mendengar pesakit atau pelawat memanggil jururawat dengan pangilan ‘misi’?

Iklan
Iklan

Selalunya, panggilan ini keluar daripada mulut golongan warga emas atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Iklan

Misi sememangnya panggilan untuk jururawat yang sedang bertugas dan ia sebenarnya telah lama wujud.

Iklan

Sebenarnya panggilan ini dianggap panggilan mesra buat jururawat di negara ini tetapi daripada manakah dan puncanya panggilan ini?

Di sini kami kongsikan kisah di sebalik asal usul panggilan ‘misi’ yang dikongsi oleh laman Facebook Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan (KKM).

*

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa seorang jururawat secara umumnya dipanggil atau dikenali sebagai ‘misi’ oleh orang ramai. Bukan sahaja di luar bandar malah di bandar sekalipun jururawat tetap dipanggil ‘misi’.

Menurut seorang pesara jururawat, Anne Frances, tiada siapa yang betul-betul tahu daripada mana asal usulnya panggilan ‘misi’ di dalam profesion kejururawatan tempatan atau kenapa jururawat dikenali sebagai ‘misi’.

Di Malaysia, panggilan ‘misi’ mungkin muncul pada zaman penjajahan pihak British.

Dalam bahasa Inggeris, ‘Missy’ merupakan panggilan kepada wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai ‘Missy’.

Ia merupakan satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya.

Penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu kemudian menjadi serasi dengan panggilan ini yang kemudian bertukar menjadi ‘misi’ sehinggalah ke hari ini.