Pelajar menyeberangi lebuh raya untuk ke sekolah

Iklan
271207358_3111478885791365_6396964948772205094_n

Semalam tular di media sosial mengenai satu hantaran di laman Facebook Redzuan Abu Samah yang menunjukkan seorang pelajar berpakaian seragam sekolah menyeberangi lebuh raya dalam keadaan gelap.

Iklan
Iklan

Dikatakan pelajar itu hendak pergi ke sekolah pada waktu awal pagi.

Iklan

Menurut Redzuan Abu Samah, pelajar itu membawa kerusi untuk memanjat tembok pembahagi Jalan Pan Borneo disebabkan pengangkutan bas sekolah ke Tebobon tidak lagi beroperasi kerana terlalu jauh untuk membuat pusingan.

Iklan

Baca juga Kemudahan internet percuma kepada guru, ini yang NUTP dan Yayasan YTL lakukan

Baca juga Sukar akses internet, IPD Ranau bina khemah atas bukit, mudahkan pelajar ikuti PdPR

"Apa yang anda saksikan seawal waktu subuh ini adalah pelajar yang tinggal di Taman Puterajaya, Telipok ketika hendak pergi ke sekolah di Tebobon.

"Turut menjadi punca kejadian ialah lampu isyarat trafik yang dihapuskan oleh kontraktor dan akhirnya penduduk yang tinggal di taman itu menanggung akibat,” tulisnya.

Perkongsian Redzuan Abu Samah itu mendapat perhatian warga maya. Mereka melahirkan perasaan bimbang atas keselamatan pelajar tersebut dan orang lain.

Mereka turut meminta agar perkara ini disiasat dan dicari jalan penyelesaian supaya tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Setakat ini, hantaran tersebut sudah memperoleh hampir 4 ribu perkongsian dan lebih 2 ribu tanda suka daripada pengguna laman media sosial itu.