Bantu ‘Kembali Ke Sekolah’ sempena restoran McD pertama

Iklan
Bantu ‘Kembali Ke Sekolah’ sempena restoran McD pertama

Iklan
Iklan

MCDONALD’S Malaysia meraikan pembukaan rasmi McDonald’s Padungan dengan wajah baharu dan  dinaik taraf dengan pelbagai teknologi digital dan konsep  khidmat pelanggan yang inovatif.

Iklan

Pengubahsuaian adalah sebagai usaha untuk memodenkan  pengalaman pelanggan.

Iklan

McDonald’s Malaysia turut mengadakan acara komuniti di McDonald’s Padungan, yang merupakan restoran McDonald’s pertama dibuka di Sarawak 25 tahun dahulu.

Majlis menyaksikan penyampaian pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak sekolah rendah inisiatif  oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald

McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Lebih 880 kanak-kanak sekolah  rendah di Sarawak akan menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ sebagai  persediaan untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2019.

Program ‘Kembali ke Sekolah’ turut  mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan, di mana ia  bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000  kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah.

Setiap kanak-kanak menerima satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah.

Keseluruhan sumbangan di bawah program ‘Kembali ke Sekolah’ tahun ini dianggarkan melebihi RM1.7 juta.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, program ‘Kembali ke Sekolah’ ini cukup istimewa untuk McDonald’s dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada anak-anak sekolah rendah datang dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.

"Kami telah mendekati  kanak-kanak dari pelbagai komuniti di lokasi  kami beroperasi kerana kami mahu mengurangkan beban kewangan keluarga dan memberi motivasi kepada anak-anak ini untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan penuh keyakinan.

"Hal ini amat penting kerana mereka adalah pemimpin masa depan negara kita,” katanya semasa  sambutan ulang tahun McDonald’s di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Terdahulu menurutnya, dengan reka bentuk baharu dan pengalaman  pelanggan lebih baik, wajah baharu moden ini amat bermakna kerana  restoran ini turut  menyambut ulang tahunnya yang ke-25.