Tambah baik 586 sekolah daif di Sarawak antara fokus utama kerajaan Persekutuan dalam Bajet Belanjawan 2023

Iklan
Fadhlina Sidek (tengah) ketika menyatuni warga pendidik dan murid-murid di SMK Agama Miri dan SK St. Joseph. Kredit foto: Facebook KPM

Semua murid layak mendapat pendidikan asas yang sempurna kerana mereka merupakan generasi masa depan yang akan terus membangunkan negara ini.

Semua murid layak mendapat pendidikan asas yang sempurna kerana mereka merupakan generasi masa depan yang akan terus membangunkan negara ini.

Jadi adalah satu kewajaran bagi kerajaan mengutamakan kualiti dalam pendidikan untuk diberi kepada mereka.

Iklan
Iklan

Seringkali terdengar perkara yang kurang menyenangkan apabila ia melibatkan sekolah di kawasan pendalaman.

Antara hal yang selalu menjadi perhatian adalah keadaan fasiliti di sekolah-sekolah ini. Jadi adalah penting untuk diberikan bantuan bagi urusan tambah baik oleh badan-badan yang berkaitan.

Iklan

Itu yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan apabila mengumumkan isu tersebut dijadikan antara perhatian utama dalam bajet Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, 586 sekolah di seluruh Sarawak akan diberikan tumpuan oleh kerajaan dalam peruntukan bajet yang telah dirangka.

Iklan

Ujarnya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti 455 sekolah daif yang berada di skala enam serta 113 sekolah lagi berskala tujuh.

Tambah Fadhlina, penggunaan skala enam dan tujuh adalah indikator bagi menunjukkan keadaan fasiliti sekolah seperti bangunan yang bahaya serta tidak selamat untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.

"Tumpuan dan perhatian penuh akan KPM berikan untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah ini.

"Kami mahu pastikan tiada sekolah yang terlepas daripada pandangan serta terpinggir daripada dibantu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, KPM juga sahkan peruntukan untuk penyelenggaraan kepada beberapa buah sekolah di Miri.

Sekolah yang terlibat dalam peruntukan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam, SK Lepong Ajai, SK St. Joseph dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.