Penglibatan aktif Cikgu Nyuk Fung dalam KRS, satu kebanggaan buat SMK Kubong

Iklan
Kredit foto: Facebook SMK Kubong

Penglibatan aktif Cikgu Voon Nyuk Fung dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) menjadi satu kebanggaan buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubong, Limbang, Sarawak.

Penglibatan aktif Cikgu Voon Nyuk Fung dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) menjadi satu kebanggaan buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubong, Limbang, Sarawak.

Beliau yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah itu sejak tahun 2020 telah berkhidmat sebagai pendidik selama 23 tahun.

Iklan
Iklan

Atas kejayaan sumbangan dan pencapaian beliau dalam KRS, Cikgu Nyuk Fung dilantik sebagai jurulatih kanan sekretariat KRS Negeri Sarawak dan mendapat gelaran Mejar pada tahun 2021.

Cikgu Nyuk Fung (kanan) bersama anak muridnya

Berikut adalah antara pencapaian Cikgu Nyuk Fung:

Iklan
  1. Hakim Pertandingan Gajet KRS Peringkat Negeri 2022
  2. Guru pembimbing Cabaran Campro KRS Tahun 2021
  3. Guru Pembimbing Cabaran KRS Peringkat Kebangsaan 2021
  4. Guru Pembimbing Cabaran KRS Peringkat Negeri 2021
  5. Guru Pembimbing Cabaran KRS Peringkat Negeri (JOHAN)
  6. Hakim Kursus Pegawai Waran KRS Peringkat Negeri Sarawak 2021
  7. Penerima Anugerah Emas Guru Cemerlang Kokurikulum Daerah Limbang 2020
  8. Guru Penasihat Video Kreatif KRS sempena KRS Perak Tournament Challenge Peringkat Kebangsaan 2021.

Sementara itu, turut menjadi kebanggaan SMK Kubong adalah guru Tingkatan Enam, Cikgu Azmi Marbawi yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Informasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di daerah Limbang sejak tahun 1998.

Beliau telah melaksanakan inovasi Sistem e-Hadir Sekolah dengan menggunakan sistem kad matrik bagi memudahkan proses catatan kehadiran guru dan pelajar seiring dengan perkembangan teknologi.

Iklan

Hasilnya, beliau diiktiraf Anugerah Guru ICT Daerah Limbang dalam kategori Anugerah Khas Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Limbang pada tahun 2018.

Secara keseluruhannya, kedua-dua guru ini telah memberi impak positif kepada perkembangan pelajar SMK Kubong dan seterusnya mampu melahirkan insan berdaya saing.