UNIMAS mahu jadi rujukan kepada kemakmuran komuniti

Iklan
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berucap ketika Majlis Amanat Naib Canselor UNIMAS 202. Kredit foto: Facebook UNIMAS

Universiti adalah sebuah instrumen yang penting kepada sesebuah negara dalam melahirkan golongan cerdik pandai bagi tujuan pembangunan pada masa depan.

Hari ini dengan kemajuan teknologi yang dunia miliki, sektor pendidikan juga turut terkena tempias tersebut.

Iklan
Iklan

Oleh itu, institusi pendidikan harus cakna dengan peredaran masa bagi memastikan ia kekal relevan dalam usaha melahirkan serta mengasah bakat-bakat muda di universiti demi kemakmuran masyarakat dan negara.

Itu yang diidamkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), yang mahu kekal relevan dan menjadi rujukan kepada kemakmuran komuniti sejagat.

Iklan

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, mereka akan tekankan peranan dan keterlibatan UNIMAS bersama komuniti selaras dengan lima fokus utama Pelan Strategik UNIMAS 2021-2025.

Ujar beliau lagi, Pelan Strategik UNIMAS 2021-2025 itu juga adalah penggerak utama dalam usaha menjadikan UNIMAS sebagai jenama global.

Iklan

Jelasnya, lima fokus utama pelan itu adalah menyediakan graduan untuk bersedia pada masa depan, kecemerlangan penyelidikan, kecemerlangan bakat, kecemerlangan di peringkat global dan kelestarian kewangan.

"Bermula dengan pelancaran Pelan Strategik 2016-2020 yang lepas, sebanyak 810 buah projek yang berasaskan komuniti telah dilaksanakan.

"Antaranya projek Tanggungjawab Sosial Universiti (University Social Responsibility-USR), Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM), Dana Lestari, Knowledge Transfer, Technology Transfer and Sustainability Initiatives.

"Kini, kita bersedia mengorak langkah lebih jauh dan menjadi peneraju bagi memenuhi keperluan komuniti di dalam agenda pembangunan dan kemajuan negara,” katanya dalam Majlis Amanat Naib Canselor UNIMAS 2023 di Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA) UNIMAS, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, ahli-ahli Lembaga Pengarah dan kepimpinan tinggi UNIMAS.

Dalam masa sama, Mohamad Kadim menjelaskan, dengan adanya program-program kolaborasi bersama komuniti, UNIMAS dapat mempelajari sesuatu yang baharu berkaitan dengan kepelbagaian, keunikan dan kekayaan khazanah kearifan tempatan.

Selain itu ujarnya, antara usaha yang akan dilakukan mereka untuk kekal relevan adalah penawaran lima program sarjana baharu mulai tahun ini.

Tambahnya, ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif yang dilakukan bagi menyokong matlamat dan dasar Kerajaan Pusat serta Negeri juga untuk memastikan peranan UNIMAS kekal relevan.

"Lima program sarjana itu akan ditawarkan secara kerja kursus dan terdiri daripada program-program Sarjana Seni Bina, Sarjana Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, Sarjana Perubatan Dalaman dan Sarjana Perubatan (Pembedahan).

"UNIMAS turut memfokuskan sektor pendidikan awal dengan mewujudkan pakar dan pensyarah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

"Kami (UNIMAS) akan berbincang bersama pensyarah-pensyarah dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS dengan National Child Development Research Centre (NCDRC) untuk menubuhkan program pendidikan kanak-kanak awal di UNIMAS,” jelasnya.