Penyampai Radio: Bukan sekadar jual suara

Iklan
Apabila berbicara tentang penyampai radio, perkara pertama terlintas di fikiran masyarakat adalah mereka yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat dalam gaya serta nada tersendiri bagi menjalinkan hubungan dengan pendengar. Kerjaya ini mementingkan bakat serta kebolehan dalam penyampaian suara selain dapat menarik lebih ramai pendengar meminati stesen radio berkenaan. Pada masa sama, untuk menjadi seorang penyampai radio bukan sahaja memerlukan keunikan yang tersendiri malah turut mementingkan intelektual yang tinggi.