Makmal sains merupakan sebuah bilik atau bangunan yang dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) peringkat sekolah menengah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti.
Selain PdP, makmal sains juga dijadikan ruang menjalankan kajian atau eksperimen saintifik.
Di makmal sains, terdapat beberapa alat radas yang sering digunakan para pelajar ketika sesi pembelajaran antaranya mangkuk pijar, tabung uji, picagari dan jelalang berdasar rata.
Selain yang dinyatakan itu, terdapat beberapa lagi alat radas beserta kegunaannya.
Jom Sinar Bestari kongsikan senarai tersebut untuk makluman para pembaca.
1) Mangkuk pijar
- Memanaskan bahan kimia.
2) Tabung uji
- Mengisi bahan kimia.
3) Mangkuk penyejat
- Mengewap cecair daripada larutan.
4) Penyubat gabus dan penyumbat getah
- Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.
5) Pemegang tabung uji
- Memegang tabung uji.
6) Picagari
- Memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.
7) Slaid jaca
- Meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.
8) Jam randik
- Mengukur masa.
9) Bikar dan kelalang kon
- Mengisi bahan kimia dan cecair.
10) Kelalang berdasar rata
- Mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.
11) Corong penuras/penapis
- Menapis campuran pepejal dan cecair.
12) Kasa dawai dan tungku kaki tiga
- Menyokong radas semasa pemanasan.
13) Penunu bunsen
- Menyediakan nyalaan.
14) Rak tabung uji
- Memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.
15) Rod kaca
- Digunakan untuk mengacau larutan di dalam bekas.
16) Kaki retort dan pengapit
- Memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.
17) Buret
- Menyukat isipadu larutan dengan tepat.
18) Balang gas
- Mengisi gas.
19) Penyepit mangkuk pijar
- Memegang objek panas.
20) Pipet dan silinder penyukat
- Menyukat isipadu larutan dengan tepat.
21) Jangka suhu
- Menyukat suhu.
Sinar Bestari juga berkongsi sebahagian peraturan dan langkah keselamatan yang wajib dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains.
1) Jangan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran.
2) Jangan mulakan eksperimen sebelum diarahkan oleh guru.
3) Baca dan fahami arahan eksperimen terlebih dahulu.
4) Gunakan semua bahan kimia dan peralatan dengan betul dan cermat.
5) Dilarang makan, minum dan bermain-main di dalam makmal sains.
6) Dilarang mengeluarkan peralatan dan bahan kimia dari makmal sains.
7) Kembalikan peralatan dan bahan kimia ke tempat simpanan.
8) Pastikan tempat menjalankan eksperimen sentiasa kemas dan bersih.
9) Cuci semua peralatan dan buang bahan buangan mengikut kaedah yang betul.
10) Bersihkan tangan dengan air dan sabun sebelum meninggalkan makmal.