Aplikasi MyPerahu perkasa aktiviti sosioekonomi dan ekopelancongan nelayan

Iklan
MyPerahu berfungsi memudahkan nelayan meningkatkan operasi dan aktiviti perikanan rekreasi yang selama ini dilaksanakan secara manual dan kurang berkesan.

Lima pensyarah dari Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang (UMP) membangunkan aplikasi Perikanan Rekreasi Mudah Alih untuk Nelayan (MyPerahu) sebagai salah satu langkah memperkasakan sosioekonomi dan ekopelancongan kepada komuniti nelayan.

Mereka yang menghasilkan MyPerahu adalah Dr Jamaludin Salim, Dr Rozlina Mohamed, Dr Yusnita Mohammad Noor, Dr Suraya Abu Bakar dan Dr Suhaila Abdul Hamid.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Projek, Jamaludin, aplikasi MyPerahu mempunyai kelebihan melibatkan pengurusan profil data nelayan setempat; penggunaan rangkaian awan; perkhidmatan penempahan perahu atau bot nelayan; maklumat pakej perikanan rekreasi dan sistem integrasi maklum balas pintar.

Fungsinya untuk memudahkan nelayan meningkatkan operasi dan aktiviti perikanan rekreasi yang selama ini dilaksanakan secara manual dan kurang berkesan.

Iklan

Kata Jamaludin, MyPerahu telah dibangunkan sejak tiga tahun lalu dengan kos sebanyak RM40,000 yang diperoleh daripada geran Kementerian Pendidikan Tinggi - Universiti for Society (KPT-U4S).

"Kerangka utama MyPerahu merangkumi keperluan komuniti nelayan setempat yang melibatkan aktiviti perikanan rekreasi di kawasan perairan dan kepulauan Setiu, Terengganu seperti Pulau Redang, Bidong, Perhentian dan beberapa muara sungai berhampiran,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin berkata, secara khususnya objektif MyPerahu ini telah mencapai sasaran dan inisiatif yang telah dirangka oleh Bahagian Kerjasama Industri dan Masyarakat (BKIM), KPT dengan kerjasama BKIM UMP.

"Saya berharap perkongsian kepakaran dalam kalangan penyelidik universiti kepada masyarakat dapat membuka lebih banyak peluang dan potensi meningkatkan sosioekonomi dan ekopelancongan yang lebih luas untuk dimanfaatkan nelayan setempat termasuklah dikembangkan ke lokaliti lain,” ujar beliau.