KPT perhalusi pindaan AUKU

Iklan
Mohamed Khaled (dua dari kanan) ketika menghadiri majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Farm Fresh Berhad (FFB) bagi membangunkan Pusat Edutourism di Ladang 16, UPM, baru-baru ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melaksanakan kajian menyeluruh berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, kementerian kini dalam fasa memperhalusi semua fasal berkaitan akta berkenaan supaya penambahbaikan atau pindaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

"Ada fasal-fasal peruntukan yang berkisar soal kebebasan dan autonomi akan dilihat dan mungkin dipinda, itu memang selari dengan hasrat kementerian.

Mohamed Khaled

"KPT sedang mengkaji secara mendalam kerana kita hendak lakukan secara menyeluruh, satu persatu, jadi nak tengok secara menyeluruh apa lagi yang perlu dipinda,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Farm Fresh Berhad (FFB) bagi membangunkan Pusat Edutourism di Ladang 16, UPM, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Dialog Anak Muda pada Ahad memberi jaminan untuk menghapuskan AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah.