KPT terus proaktif pastikan IPT tawar program pengajian terkini

Iklan
KPT akan pastikan program yang ditawarkan di IPTA dan IPTS adalah mengikut keperluan industri semasa.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mengambil langkah proaktif secara berterusan bagi memastikan institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berupaya menambah baik dan menawarkan program pengajian terkini.

Ia adalah untuk memastikan program pengajian tersebut sejajar dengan keperluan industri masa kini.

Iklan
Iklan

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal mengambil inisiatif mengulas hal terbabit dalam sidang Dewan Negara pada Selasa.

Katanya, terdapat beberapa langkah pelaksanaan yang diambil oleh KPT bagi memastikan program-program yang ditawarkan di IPT kekal relevan dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.

Iklan

Antara langkah tersebut adalah saringan awal program akademik baharu yang ketat; memperkenalkan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (FRC); memperkukuhkan inisiatif sedia ada seperti program pengajian mod 2U2I (dua tahun di universiti dan dua tahun industri) dan membangunkan projek-projek 4IR Flagships bersifat multidisiplin khusus.

Selain itu, KPT melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut menyediakan ruang untuk IPT membuat perubahan kurikulum supaya terkini dengan perubahan semasa sehingga 30 peratus secara dalaman tanpa melalui penilaian semula selain memperkenalkan Kerangka Penawaran Program dengan menggabungkan dua atau tiga bidang yang menyokong elemen transdisiplin Higher Education 4.0.

Iklan

KPT juga memberi fleksibiliti kepada IPT swasta untuk membangunkan korikulum baru atau menambah baik program sedia ada bersama pihak industri.

Ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih efektif di samping memenuhi keperluan industri dan teknologi semasa.