Pusat Sains Negara sedia aktiviti menarik sepanjang karnival

Iklan
PSN menyediakan pameran sains interaktif serta aktiviti berkonsepkan sains dan teknologi sepanjang Karnival Pendidikan Sinar Bestari nanti. Gambar kecil, Yoon Keong.

Sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada Mei, Pusat Sains Negara (PSN) turut menyediakan pelbagai aktiviti dalam memupuk minat masyarakat terutama pelajar terhadap bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Ketua Penolong Pengarah (Unit Jangkau Luar) PSN, Low Yoon Keong berkata, pihaknya telah menyusun beberapa pengisian menarik sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung.

Iklan
Iklan

"PSN akan menyediakan pameran sains interaktif di samping aktiviti berkonsepkan sains dan teknologi.

"Kami juga menyediakan beberapa cabaran melalui pameran seperti puzzle, matematik dan sains. Pengunjung yang dapat menyelesaikan cabaran paling banyak akan diberi tiket percuma masuk ke PSN dan tiket itu hanya untuk kemasukan umum sahaja, tidak termasuk Galeri Pameran Bertema.

Iklan

"Kepada ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke karnival ini pula berpeluang bermain boling menggunakan teknologi kinect di mana PSN akan menyediakan kinect sport yang mempunyai sensor dan kamera yang dapat mengesan pergerakan badan untuk aktiviti sukan,” ujarnya.

Tambah Yoon Keong, PSN juga akan menyediakan sudut let’s experiment yang menyajikan aktiviti DIY hologram dan cubelet’s robot blocks di mana pengunjung berpeluang menghasilkan imej 3D hologram dengan mengunakan kertas lamimat, telefon bimbit atau tablet menerusi aktiviti DIY hologram dan mencuba cubelets robot block yang telah diprogramkan agar dapat menghasilkan pergerakan yang diingini.

Iklan

Seterusnya, PSN akan mempamerkan bahan pameran modular yang dapat membantu pembelajaran sains iaitu pameran interactive periodic table dan windmill kit.

"Pameran interactive periodic table berkaitan dengan kimia berbentuk jadual berkala. Ia memberi informasi berkaitan dengan jadual berkala dan orang ramai boleh memahami kegunaan unsur dalam kehidupan seharian melalui permainan sentuhan paparan skrin.

"Pameran windmill kit pula berkaitan dengan tenaga dan pengunjung boleh mengubah bilangan bilah kipas untuk kaji tenaga yang dihasilkan,” ujarnya.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Mei turut disertai pempamer yang menyediakan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik.