Isu kekurangan guru, KPM buka peluang kepada siswazah luar negara

Iklan
Kredit foto: Portal tempatan

Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan menangani isu kekurangan guru khususnya bagi subjek kritikal bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, terdapat beberapa pendekatan yang telah dipersetujui akan dilaksanakan termasuklah perluasan kluster mata pelajaran yang membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik menjadi guru.

Iklan
Iklan

Kata beliau, jawatan tersebut akan diperluaskan kepada siswazah dari universiti swasta dan luar negara bagi menangani isu kekurangan guru untuk subjek kritikal yang sukar mendapat calon universiti awam (UA) seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Reka Bentuk dan Teknologi serta Pendidikan Islam.

"Sekiranya pelbagai kaedah yang dilaksanakan ini masih gagal memenuhi kekosongan, maka pelantikan guru secara kontrak dalam kalangan siswazah yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga akan dilaksanakan.

Iklan

"Guru-guru kontrak ini akan dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang sesuai melalui Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan selama setahun sebelum dilantik secara tetap oleh SPP.

"KPM dan SPP akan sentiasa mengenal pasti pendekatan serta strategik lain dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti dan kompetensi guru baharu," ujarnya seperti dipetik portal tempatan.

Iklan

Inisiatif berkenaan merupakan antara 10 berita baik yang diumumkan Fadhlina dalam usaha menambah baik kebajikan guru.

Beliau turut mengumumkan penambahbaikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan, perluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 lagi sekolah dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli serta perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke Sabah.

Selain itu, Fadhlina juga mengumumkan pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru selain mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.